Monday, April 14, 2008

Dari Satu Sudut Lain#2

Menilai kepada satu yang belum diketahui lebih terperinci,bertitik tolak pada zahir serta terpengaruh pada penilaian manusia lain,seringkali menjadi sebahagian naluri masyarakat di kalangan kita.Tidak dinafikan hal ini,kerana aku juga sering menghadapinya.Aku biasa berhadapan dengan hal-hal sebegini,ada yang terlalu peribadi untuk diketengahkan namun sedikit sebanyak kita berkongsi bersama.

Kadang kala lagak aku seperti orang kebanyakan,merayap memerhati seloka dunia,tak kira tempat dan ketika bila merasakan pengisian didalami pada setiap sudut,aku akan menerjah ke luar,aku selesa berselipar,berseluar jeans,berkemeja biasa,kadang-kadang rambut pun tak berminyak.Aku memerhati penerimaan masyarakat bila aku sebegitu,wajah serong mereka tidak lari memandang,aku lihat dari anak mata mereka telah menilai anak muda kelahiran Kedah ini.Ada yang berbisik ada yang tidak memberi perhatian,aku membaca wajah-wajah mereka,tidak meletakkan penilaian liar,berhati-hati menilai kerana aku tak pernah berbicara dengan mereka,jadi apa hak aku untuk menghukum mereka.

Situasi yang berbeza bila aku berpakaian koporat,berkemeja dan bertali leher serta kilauan kasut buatan Italy menaiki kenderaan mewah(pinjam).Tiada maksud tertentu ingin aku tonjolkan,namun situasi ini sangat berbeza,anak-anak gadis tidak terlepas melambai tangan serta tersenyum mengharapkan nombor telefon anda,itu yang berlaku pada aku.

Tapi pada batinnya aku tetap orang yang sama,masih pemegang mykad dan lesen memandu B2 dan D.Ini hanya berkisar secebis dari pengalaman aku,mungkin biasa berlaku pada kalian.Skrip bualan ringkas penyelia aku ketika aku pernah berkerja sambilan dulu masih aku ingat,

"You,jangan ingat yang mana pakai smart-smart ada duit,I pernah deal sama orang yang pakai singlet dan seluar pendek saja tau,dia orang lagi sanggup keluar duit dari yang pakai smart"

Letaklah penilaian berlandaskan pengalaman kalian mengalami sesuatu,bukan fahaman cetek yang terkurung oleh faktor-faktor liar manusia lain yang mengambil jalan mudah hanya mereka mencipta satu penilaian berdasar satu pandangan.



1 comment:

Q said...

dorg pandang kau bkn krana care ko berpakaian..dorg pndg2 ko kerana sifat fizikal ko yg jijik..huahuahua..yg lambai2 kt ko tu aku da upah dorg suruh lambai2..