Thursday, December 18, 2008

A Walk To Remember

Aku terpanggil untuk menonton filem A Walk To Remember seawal bulan yang lalu,atas dasar keinginan aku mengkaji serba sedikit sinopsis filem kelahiran Hollywood ini melalui laman rasminya.Lakonan mantap Shaye West dan Mandy Moore berserta alunan muzik yang bersesuaian memikat jiwa aku yang berputar mengisi kebosanan dingin malam.Isunya bersekitar kemanusian,manusia berubah kerana manusia,konflik yang bertahta tumbang akibat cinta.Agak kompleks isu realti yang cuba ditampilkan,nilai kekeluargaan,persahabatan,keagamaan mahupun kemanusiaan disusun,dibentuk melalui garapan jalan cerita yang ringan.Biarpun sudah lama cerita ini ditayangkan namun bagi aku situasi yang ada sebenarnya satu yang segar dalam kehidupan ini.Untuk menonton cerita sebegini biarpun tidak memerlukan pemikiran yang tajam namun kesedaran mampu diluahkan melalui penghayatan secara eksklusif.

Berakar dalam kehidupan yang serba realiti bukan semata-mata filem,sebenarnya banyak perjalanan yang harus dikenangkan,sebagamana kita kini ada mulanya,sebagai mana kita terbentuk ada prosesnya.Jatuh bangun seseorang insan pasti ada bergantung pada sesuatu,perpektifnya luas bagi setiap individu.Sebagaimana aku,banyak yang harus dikenangkan agar tiada alpa akan bermaharajalela.Makin diteliti banyak ruang yang perlu diisi,dua perjalanan,antara bakal disusuri atau telah lama dijalani.Ada yang menyedarkan,ada yang melupakan.Mungkin juga aku berubah atas manusia lain?Itu satu persoalan perlu aku dalami,atau aku berubah atas persekitaran atau tiada apa yang terpancar perubahan pada aku insan biasa dimuka bumi ini.Bakal menentukan jawapannya adalah mata yang memandang,aku boleh mengagak situasi wujudkan perpeksi.

Bagi mengenangkan perjalanan ini,pemahaman perlu dicari,keserasian bakal wujud bila dinanti dan apa yang pasti segalanya bakal memberi erti.