Friday, January 29, 2010

Aku Bukan Malaikat

Sayap yang terlebar bisa meruntun patah,

Jatuh tidak bisa dipapah,

Hanya mengundang resah,

Jawaban pasti yang tak diendah,

Sekali lagi bertemu susah,

Lalukan secebis denai,

Sekiranya ia sudah diredhai,

Semakin jauh semakin disesali,

Seagung suara memadai,

Dosa itu kembali lagi,

Jernih itu belum gugur,

Hanya kata yang terhenti,

Dijamah oleh kenangan abadi,

Aku sukar dalam lapangan yang bebas,

Umpama tangkai ditarik terlerai tali,

Aku mahu tak bererti aku perlu,

Aku perit tak bererti aku serik,

Aku rindu tak bererti aku cemburu,

Aku sakit tak bererti aku letih,

Aku pergi tak bererti tak akan kembali,

Jeritan yang tidak bersuara,

Bersemadi dalam kotak sengsara,

Luka akan hilang,parut akan kekal,

Kebal.

Sesal.

Kesal.

Aku bukan malaikat yang tiada tercaitit dosa......



Friday, January 15, 2010

Serentak

Kebelakangan ini ada yang terenggang, tidak bermaksud tidak diminta. Bila bicara ada kesulitannya bila bersuara ada tidak kenanya. Berdiam antara roh yang berdampingan dengan jasad ini. Menjadikan pemberontak ini aman. Dalam kekalutan itu pelbagai yang datang dan menyentak, menyapa serentak.

Bila ditanya lebih baik tidak disoal, jawapan dan butir kata bukan mudah untuk menyelesai, mereka mampu menyata tapi belum tentu mampu merasa. Kaki ini berada pada jasadnya sendiri, tidak menumpang simpati mahupun minta diberi. Janggal kini bila ada yang cuba menguji, dahulu beda bila sendiri. Serentak yang dahulu datang menyapa kembali, wahai hati kau dah banyak mencurigai. Asing dalam kebiasaan, lazim dalam ketidaktentuan, tak keruan, berasa kesialan.

Bila menjerit tiada suara menyahut, bila merungut tiada batin kembali menyeru. Dahulu telah direlakan, aku yakin hanya singgah untuk menjengah, tapi ada juga datang yang menyumpah. Tiada berubah, aku belajar kehidupan hidup keramaian, dunia perkongsian, jangan fikir orang tunduk segala apa yang kamu mahu. Usia tidak seperti fikiranmu. Bangunlah.

Biar serentak datang menyentak, aku mampu redha dalam simpulan senyuman itu. Ingin aku menyentuh mustahil akan bersentuh, tangan yang jauh hendak digapai bukan mudah untuk disambut.

.......airmuka yang menyenangkan dalam senyuman simpul bayangan sang puteri.......