Sunday, March 30, 2008

Fitna Itu Fitnah

Tercetus satu lagi kemelut yang didalangi seorang pembikin filem pendek Geert Wilders dari Belanda yang sekeras-kerasnya menjatuhkan maruah dan merendah-rendahkan kitab suci orang Islam,Al-Quran.Aku bergegas ke www.youtube.com setelah membaca artikel di www.utusan.com.my mengenai kecaman Tun Dr Mahathir yang menyeru umat Islam memboikot negara Belanda lanjutan dari penerbitan meluas di internet mengenai satu filem pendek betajuk Fitna.Filem pendek yang dalam ditayangkan dalam durasi 15minit itu digarapkan bersama-sama klip-klip video serta terjemahan ayat suci Al-Quran,sewenangnya mempamerkan pemahaman songsang mengenai maksud dan terjemahan kitab suci Al-Quran.Dari kaca mata pemikin filem pendek ini,menganggap keganasan adalah satu agenda utama dan dihalalkan dalam Al-Quran sementara pembunuhan orang-orang kafir itu telah diberi lampu hijau oleh Al-Quran.Sememangnya ini adalah salah sama sekali apabila kaum-kaum ini tidak memperlihatkan kebenaran yang cuba disampaikan melalui Al-Quran.Ini diperjelaskan oleh golongan-golongan ulama yang memberi respon terhadap penerbitan filem pendek ini serta mereka mengesa umat Islam seluruh dunia tidak melatah dan mengambil langkah bijak.

Apa yang paling dikesali apabila di penghujungnya mereka mengoyak ayat Al-Quran dan menyeru agar menghentikan penaklukan orang Islam.Sesungguhnya apa yang diperlihatkan di dalam filem pendek itu sedikit sebanyak akan mempengaruhi kemarahan orang Islam diseluruh dunia.Oleh itu aku selaku umat yang bertanggungjawap turut mengecam serta mengutuk terhadap pembikinan dan pembikin filem pendek dan menegaskan Fitna itu sememangnya satu dakyah dan FITNAH.

ALLAHUAKHBAR!!!

ALLAH IS GREAT!!!


Thursday, March 27, 2008

Paradigma

"Kenapa kau jadi macam ni?"

"Semua salah parent aku,dah la bercerai ayah aku kahwin perempuan lain"


"Kenapa kau sedih je ni?


"Aku kena dump,rasa macam tak nak hidup je.Dia musnahkan hidup aku."

Acapkali perbualan biasa ini sering kita dengari,tak kira dimana-mana pun sama ada di kaca televisyen yang sering menyogok kita dengan cereka-cereka mitos kadangkala tak dapat diterima akal,semuanya hebat tidak kurang serba-serbi,mewah dan hasad dengki,perancangan terperinci untuk menjatuhkan sesama lain,aduh bosan!Keluarlah dari kepompong agar minda masyarakat berkembang.Itu bukan persoalan yang hendak aku ketengahkan,soal satu paradigma yang masih menebal di kalangan masyarakat kita.

Langkah terbaik untuk mentaksirkan kenapa peribadi dan personaliti terbentuk dengan menunding jari ke arah orang lain.Aku kerap kali mengalami situasi begini hingga pada satu hari pandangan seseorang menjana minda pemikiran aku agar keluar dari kurungan pemikiran sempit.Apa alasannya untuk menghukum seseorang bila personaliti kamu terpesong pada akhlak yang benar?Kamu tertentukan kehidupan kamu,mengapa terlalu zalim mendefinisikan apa yang berlaku atas pengaruh sekeliling kamu yang tidak menentu?Kamu liar,alasan kamu datang dari broken family,cut the crap!Akal kamu tersedia untuk memastikan hala kehidupan kamu,lihat ke atas,renung dalam hati kamu,fikir kerasionalnya keputusan yang kamu ambil itu kehendak kamu.Musuh atau pengaruh kuat kalian berada pada minda kalian sendiri.

Aku pernah mendalami seberapa jiwa yang begitu serasi dengan situasi ini,mereka berjaya membentuk personaliti dan peribadi yang menyakinkan hinggakan tidak menjangkakan mereka sentiasa berselimutkan kemelut yang berpanjangan.Ironiknya kekangan yang berlaku ditapis secara relevan dan rasional,

"Untuk apa aku gelapkan masa depan aku sebab parent aku divorce?"

"Life must goes on,aku banyak benda nak dibuat dalam hidup,takan sebab orang lain maknanya ending of the world"

Skrip-skrip ini aku nilaikan begitu meluas dalam aspek terjemaahannya,berbeza dengan skrip awalan entri aku,paradigma sempit yang masih berlenggu sesetenggah pihak di pandang dari jarak setapak ke hadapan,dari terkongkong sentimen-sentimen negatif yang belum menemui penghabisan yang merangsangkan.Kehidupan kita tercorak dari langkah dan sudut pemikiran kita tersendiri.Aku tidak layak untuk menghukum cara kehidupan kalian,kita sering berbeza biarpun dilahirkan bertelanjang dan menangis,cuma paradigma sempit ini harus disunting sebagai loncatan membentuk keperibadian atas bukan pengaruh tertentu serta menuding ke arah insan lain bukan alasan kehancuran jiwa kamu.


Monday, March 24, 2008

Dari Satu Sudut Lain


Aku pulang ke kampung,tanah kelahiran insan ini.Suatu yang menenangkan tika hujan,satu panorama yang menyeksakan kala panas.Menjadi kebiasaan aku untuk duduk di hadapan,berteduh pohon rambutan,memerhati kawasan sawah yang hijau,tenang mendalami maksud kejadian Tuhan.Mula berlegar memikirkan soal kehidupan,mengambil dari satu sudut yang berlainan,menjangkau kemampuan mengejar kemashyuran.Mengungkap kehidupan lepas,memancing,berlarian di tepian sawah satu kemestian,menjolok lubang ular satu hiburan,bila kelibat dirasakan semua mula berlarian.Haruan dan keli sering menjadi taruhan tika kail mula dilepaskan,sorak sorai kedengaran apabila ikan mulai memakan umpan.

Kenangan satu keindahan yang diadaptasilkan dari pengalaman,diwarnai dengan pelbagai pengertian,aku mula sedar masa berlalu begitu pantas,semua yang aku lihat mulai terbit perbezaan.Aku tetap insan yang sama bila pulang ke kampung,tidak kenal perasaan mempunyai datuk dan nenek,sejak aku lahir mereka telah tiada.Hanya penceritaan dari kedua orang tua aku yang sering aku bayangkan untuk merasainya.Aku kian mengelamun mengintai tangga batu yang unik pada pandangan aku.Aku melangkah mendekatinya,seni bina di zaman penjajahan begitu indah,aku terkecima dengan keagungannya.Jiwa aku mula merantau jauh.Tumpuan aku berubah,ukiran kayu di tingkap rumah begitu simbolik pada kebudayaan masyarakat kita.Halus dengan corak-corak alam digarapkan sebagai motif utama.Pada satu ketika,aku tersenyum,anak mata terus memerhati sekeliling,memutarkan segala permandangan.Alam kanak-kanak aku kembali tersingkap.Keceriaan aku dahulu berbeza jauh pada keceriaan yang aku hadapi.Dari satu sudut lain,aku melihat kehidupan aku dalam satu tingkap yang berbeza.

Thursday, March 20, 2008

Yesterday





Yesterday
The Beatles

Yesterday, all my troubles seemed so far away
Now it look as though they're here to stay
Oh, I believe in yesterday

Suddenly, I'm not half the man I used to be
There's a shadow hanging over me
oh, yesterday came suddenly

Why she had to go I don't know, she wouldn't say
I said something wrong, now I long for yesterday

Yesterday, love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
oh, I believe in yesterday

Why she had to go I don't know, she wouldn't say
I said something wrong, now I long for yesterday

Yesterday, love was such an easy game to play
Now I need a place to hide away
oh, I believe in yesterday, Mm ...Mm..Mm

Friday, March 14, 2008

Gadget and Budget

Antara-antara gadget semasa yang menjadi keinginan apabila melangkah ke alam penuh kemodenan.

Handphone berkamera 3G.Check!


Playstation 1.Check!


Playstation
Portable.Check!

Playstation 2.Tak ada,ada PSP pun jadi,game PS1 pun semua game bukan habis main.


Playstation 3.Tak ada,tunggu harga dia sama dengan PS2 sekarang.


iPod.Tak ada,handphone ada leh dengar lagu gak.Headset original rosak,loudspeaker bunyi pecah,kena usaha ni.

Digital Kamera.Tak ada,guna handphone tangkap gambar,tapi pixel kecik,kena usaha ni.

Laptop.Tak ada.Desktop PC ada sudah memadai,tapi selalu hangging,processor hampir outdated,hard disk sempit,kena usaha ni.

Budget?Double check...habuk...

Tahun Gemilang

Kembali sejenak aku ke zaman tahun 2003,tahun yang sangat gemilang dalam hidup aku,permasalahan ketika itu terhad,tiada gegala sosial yang liar dalam hidup aku,tenang dan aman pada permulaan tahun.Hambar tentang kisah perkenalan dengan gadis-gadis senior,rapat untuk seketika,bosan.Aku teruskan perjuangan sebagai calon SPM,subjek-subjek yang aku amik ada yang merosot,tak heran pun ambil aliran sains bukan satu yang mudah,namun ada yang meningkat,syukur aku belum lagi loser.

Aktiviti kelas dan sekolah aku kian aktif,hingga terlupa tanggungjawab sebagai anak,seringkali lupa membeli gula tika dipesan ibu,sering dimarahi tenaga pengajar sekolah memandu kerna tidak menghabiskan 8 jam latihan motor,permulaannya dari acara debat hinggalah ke forum semua aku masuk,pantun sekali pun tidak ketinggalan,nama aku sering disebut-sebut guru dispilin,calon yang patut jadi ketua pengawas walaupun aku berjawatan ketua kelas,sering kali menggunakan bilik komputer dan bilik seni untuk mengelak dijejaki guru kelas.

Hingga pada satu ketika,kemuncaknya aku bersama rakan-rakan yang lain menubuhkan kumpulan drama,kami dipanggil untuk acara-acara rasmi sekolah,lakonan kami dipertikaikan,bakat kami patut di ketengahkan,ramai menggilai kami,kami makin tersohor serata sekolah,undangan demi undangan,hingga ke pertandingan kami merangkul johan negeri,kami mewakili negeri ke peringkat negara,pasukan kami menjadi-jadi.

Semua berlaku dengan pantas,kami merantau ketika itu,mengembangkan bakat kami,ada tawaran yang bukan-bukan,kami tolak,tidak munasabah untuk kami mementaskan drama di sekolah Tamil dengan bahasa ibundanya.Kami berenam kian tersohor,turut menumpang populariti kami krew-krew pentas,mereka turut di dampingi gadis belasan tahun,makan di hotel,semua atas populariti kami.

Tahun yang amat gemilang bagi aku dan rakan,nama-nama ini makin tersemat bila mengimbau selangkah ke tahun 2003,Aziz,Din Timah,Mat Pek,Naim,Pijoy dan Fahmi(aku).Masing-masing telah keluar ke arah haluan yang berbeza setelah tamat tingkatan lima,segelintir dari kami ada yang aktif berlakon pentas bila menyambung pelajaran,aku terikat dengan kekangan akta kolej yang menafikan bakat aku ketika di kolej,lagipun aku tidak dapat berkerjasama dengan mereka dalam soal ini.

Hampir lima tahun aku tinggalkan zaman kegemilangan itu,hidup sekarang kian berubah,makin dewasa dan matang,memahami akan erti kehidupan,bersuka ria ketika diperlukan,aktiviti luar terhad,komitmen pada hal-hal tertentu,kenalan maya lebih ramai dari yang nyata.Ternyata bila aku dan rakan-rakan lain berpacaran,naluri kami mengimbau kembali pada tahun 2003,di mana satu titik permulaan pada kegemilangan aku dan rakan-rakan yang lain.

SANGGAR TEATER WARISAN 2003
-pentas saksi bergema,alunan nada dan irama,lenggok pusaka warisan utama-

Monday, March 10, 2008

Terjemahan Satu Suara

Lama tidak menulis,janggal untuk melontar kata-kata buat kalian,salam kembali ke arena blog yang kini kian luas aspek penularannya.Sebagai salah seorang yang menterjemahkan suara di satu pentas penulisan maya atau lebih di kenali dengan nama blog,arena yang begitu luas untuk menterjemahkan hasrat,tindakan atau pendapat.Kini aspek blog kian ditaksirkan sebagai media penting berbentuk alternatif untuk menyampaikan maklumat seiring dengan kehidupan kini yang begitu laju dan pantas dalam dunia pembangunan teknologi maklumat.Masakan tidak,dahulunya kita perlu menghabiskan seringgit atau lebih pada jumlahnya untuk membeli media-media percetakkan yang berada di pasaran,namun kini ia telah mengubah trend yang agak typical itu dengan merujuk akhbar maya dan blog-blog karya para ilmuan.

Ini telah menterjemahkan satu saluran baru yang lebih sensitif dan peka terhadap penekanan isu-isu semasa mahupun global.Tidak terkhusus terhadap satu-satu aspek malah meluas menumpukan kepelbagaian aspek seperti kesihatan,fesyen,falsafah,politik dan sebagainya.Dari sudut berlainan mendidik masyarakat untuk membentuk cara atau gaya hidup yang lebih baik serta berilmu kaya dengan pengetahuan.Adalah satu kerugian bagi mereka yang masih terpisah jauh dari perhubungan atas talian ini dan menjurangkan tembok pengetahuan yang begitu luas gaya pemikirannya.

Tidak ketinggalan kelebihan ini menjadi medium dan platform para penulis untuk mengeksploitasikan perkara-perkara yang berunsur negatif bertujuan menjatuhkan,menabur fitnah serta mencaci pihak-pihak tertentu.Dalam konteks ini,para pembaca mempunyai ideologi tersendiri untuk menerima atau tidak sebarang penulisan berbentuk sebegitu.Lantas ini juga akan mempengaruhi aspek budaya pemikiran sesetengah individu yang secara logik akan membidas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini melalui medium yang lebih konservatif.Impaknya para penulis maya diberi gambaran buruk,namun ini hanya berlaku kepada segelintir pihak sahaja yang secara umum tidak mampu menerima gambaran jelas budaya baru ini.

Pokoknya penerimaan bentuk media sebegini harus ditekankan kepada semua golongan kerana ini sejajar dengan trend dan wajah baru dunia dalam mengembara kemajuan.Harus diingat ia juga bukan sekadar platform mudah bertujuan negatif,tujuannya harus bernadikan tanggungjawab untuk melakar kebenaran.Pada bloggers sekalian,pengisian penulisan wajah pendirian menterjemahkan suara kita pada umum.