Thursday, July 31, 2008

Permintaan

Kekalutan menyelubungi waktu yang mengisi ruang-ruang yang ada.Terselit satu madah runsing secara pintas mengisi hati. Jauh melarikan diri agar tidak terus menetap sudut fikiran,bukan jalan untuk menyelesaikan kesulitan.Aku terkaku dalam suara-suara yang menyorak keindahan,terasing dalam lenggok keceriaan.Cuba mentaksir penyelesaian, masih berdiri tembok pemisahan yang kental. Hanya kalam pada Pencipta beralun mengisi tanggungjawap.

Aku lemah dalam kekalutan,aku tewas dalam kesulitan yang terbit.Bergelenang memikirkan nasib.Air jernih terpancar menggambar kesedihan.Aku tak meletakkan diri sebagai lelaki pengalah,maruah tak aku rasakan tercalar.Lebih tercalar bila aku tak mampu menghulur tangan membantu.Aku melihat dari satu sudut yang berbeza,ujian penghapus dosa.Bicara bersentuh kerohanian pernah dipertengahkan dalam soal ini,aku bersetuju.

Aku panjatkan kesyukuran atas segala ini,rahsia ada bersembunyi atas segala kejadian.Tiada yang dijadikan tanpa sebab.Rungkaikan persoalan bakal terbit jawapan.Sahabat sekalian aku harapkan satu pergorbanan.Sejahterakan sekalian,hamparkan permintaan,berdoalah pada Yang Maha Esa,sejahtera keluarga sekalian dan keluarga aku,jauhkan kezaliman.

Saturday, July 26, 2008

Kehadiran

Seketika aku mengambil peluang mencuri masa dalam keadaan kritikal yang semakin bertamu dalam kehidupan aku,kalam lama aku tinggalkan atas mengisi ruang yang penuh dengan kekejaran ke sana-sini.Merenung keadaan aku dalam tingkah,dua ke tiga bulan lepas tercoret perbezaan yang aku rasakan.Ada yang bersuara,menegakkan kebenaran,aku hormati atas dasar kalian yang melihat aku pada lampau,hanya yang jelas aku yang kini adalah asing seperti aku yang lepas.Pemerhati hanya memerhati dalam memberi kesimpulan melulu,insan yang mengalami lebih dekat mengenali dirinya sendiri.Aku hormati pendirian kalian.Pendekatan jauh lebih baik,kaki lebih luas melangkah,lidah lebih petah menilai gambaran hujah songsang.

Keadaan keliling berbeza,suasana yang lebih segar dan nilai-nilai yang aku cari selama ini menjadi sandaran pada impian yang ditanam sejak melangkah meninggalkan kenangan lepas.Hadir perasaan yang begitu dramatik,terasa bagai dalam dunia sendiri buat seketika,rumusannya tidak seindah perasaan yang menghuni di sudut hati.Persoalan yang menjadi bahan untuk diketengahkan ialah aspek peranan setiap insan yang mula hadir membanjiri di hadapan aku.Ada memulakan langkah baik,namun aku perlu berhati-hati.Membiasakan diri dengan kewajiban lebih menjadi fokus utama daripada menguji keperibadiaan sesorang dengan lebih mendalam.Cara terbaik,aku menjadi pendengar yang setia.Menyebelahi mana-mana pihak adalah kekangan jika kalian masih terumbang-ambing untuk mengeluarkan hujah-hujah dan fakta yang kuat.Biasakan untuk bersifat neutral agar kekecualian menjadi benteng sekiranya sekeliling kalian melatah dengan memberi penilaian bersifat tomahan pada kalian.

Kehadiran unsur-unsur yang boleh di kategori baru pada aku,mulai mewarnai hidup aku,namun terdapat kehadiran yang turut bermakna.Detik kelahiran putera sulung pasangan Natrah dan Abdul Rahman pada tanggal 26 Julai 2008,dapat aku gambarkan keceriaan mereka daripada naluri kemanusiaan yang ada pada aku.Kesyukuran terbit untuk dikalungkan pada Pencipta,tahniah buat sekeluarga yang ada.Rakan-rakan dan segalanya yang turut berdoa untuk kakakanda tercinta jutaan penghargaan aku taburkan.Ada makna dalam setiap kejadian,ada suratan dalam penciptaan,ada yang tersembunyi di setiap kehadiran.

Saturday, July 5, 2008

Sejauh Mana

Kekangan masa kembali meraja,bibit-bibit kelekaan tidaklagi menjadi permainan,aturan hidup berbeza dari pandangan biasa,kini aku melangkah sebagai diri yang berbeza.Imbas kembali detik 18 Jun yang lalu,satu nafas kesyukuran menerima kehadiran berita gembira,harus aku kalamkan lebih awal namun masa dan ruang terhad untuk tangan memancu papan kekunci komputer usang ini.Syukur kepada Pencipta,gelaran berubah sekelip mata dengan berkat doa dan usaha yang penting ibubapa mulanya,rakan-rakan,anda turut serta dalam kebahagiaan ini.Aku mendapat tempat dalam ruang-ruang yang terhad untuk bergelar penuntut universiti.

Dalam pintasan dan lintasan yang berserubungkan kekalutan,terbit perasaan yang tertanya-tanya,persaingan wujud dalam keindahan ini.Persoalan yang timbul rentetan pengalaman lepas,menoleh untuk mengambil ikhtibar,apa yang mendatang perlu dirempuh biar beribu dugaan.Sepanjang minggu perkenalan rumit dengan agenda dan protokol.Menariknya disini,wajah-wajah pelbagai watak aku temui.Expected the unexpected.Peraturan penting bila kalian mulai bergaul dengan dengan peribadi berbeza yang tidak pernah ditemui.


Namun itu bukan pokoknya,urusannya bila aku mula melangkah,sejauh mana bakal aku mengusung impian dengan dibayangi perkara-perkara lepas.Aku tidak mahu statik dan pasif dalam persaingan yang begitu aktif.Itu soal yang harus didalami sebaik mungkin.Mungkin diri aku dan juga kalian,persaingan ada dimana-mana,cuma keadaan mentaksir bentuk persaingan itu.

Minda harus diisi dengan unsur keterbukaan namun tetap ada batasnya.Akar yang kuat harus dikuatkan,ranting yang rapuh harus diperkasakan.Semua bertimbal balik dengan kerohanian.Dimana datangnya dahan yang kuat dan ranting yang subur,di situ bermulanya akar yang kuat.