Monday, January 28, 2008

Pijak

"The important rule, we must give a good impression....."
kata-kata ilmuan berkemeja

Aku berpegang pada kata-kata itu,kata seorang ilmuan berkemeja,kurang tampan,tali leher corak bunga dan kasut Piere Cardin ala lama,rambut?Aku tak mahu sentuh,takut ada yang mencari beliau untuk memberikan sikat,atau mungkin tumbukan padu di muka beliau,hodoh?Bukan perkataan sesuai,perlu dengan perbuatan yang lebih sesuai seperti meludah kepadanya.Perwatakan beliau bukan agenda segalanya,dia bijak berfalsafah,ilmunya membezakan antara aku dan dia,tiap butir kata bersifat pendidikan menjadi perangsang dan nadi mengerti makna sebenar kehidupan.Sifat beliau tidak menjengkelkan dari paras rupa beliau yang sebegitu,setidak-tidaknya beliau masih berbudi bahasa dan hormat pada orang tidak kira muda atau tua.

Terdapat dua kisah bermain di fikiran aku tika aku melalui sogo,tempat unik segala warna penceritaan manusia,namun hati mereka belum setulus wajah mereka.Satu masa tika aku bersiar mencari keserasian dengan kota sesak ini,sengaja membelek-belek pakaian di ruang legar jualan murah.Sekadar membelek,tiada niat ditambah dengan kadar ekonomi aku yang meruncing,tidak terlintas untuk aku membeli.Datang seekor mamat bergelar Sale Assistant,maaf aku gunakan seekor mungkin sesuai dengan dia.Tidak sopan untuk memulakan bicara,tanpa aku memulakan pertanyaan pada binatang ini "Abang,saiz abang tak ada...(senyum seperti tak tahu mengeja perkataan sopan)"Kiranya aku berbadan besar,biarpun sebesar kereta kancil,perlukah dia bersuara bergitu?Aku hanya senyum,senyum pahit berisi dendam dan sumpah carutan bercampur bahasa Melayu dan Inggeris dihati.Aku beredar,bukan protes aku tak perlu layan binatang ini.

Di hari yang lain,aku kembali setelah sekian lama tidak berjumpa kenalan aku,aku janji untuk berjumpa,menikmati hidangan tengahari bersama di food court.Selesa menikmati bersama,bercerita kenangan ketika zaman pengajian,masing-masing mengimbau kembali.Sahabatku ditegur kenalan lama dia,seorang wanita,perlukah aku menceritakan perihal dia?Em,bukan calon yang baik untuk menjadi menantu kepada ibu bapa anda.Anda mungkin dihina kerana berdampingan dengan dia.Kenalan aku memperkenalkan dia kepada aku,"Ini kawan aku..."aku senyum kepada perempuan berseluar jeans lusuh ini,"Wah,besar kawan kau..."Aku terkecima dengan kebiadapan dia,cukup puitis.Tiada unsur humor disitu wahai perempuan,aku tak ketawa pun.

Memang fizikal ku seperti orang yang memakan beras sekampit sehari,namun aku masih waras untuk hormat apa sekali pun peribadi kamu,aku tak mulakan perkenalan dengan biadap sedikit pun biarpun wajah kamu seperti binatang.Jika aku dizinkan mereka ini tergolong antara manusia yang favourite list untuk aku pijak di muka selama 5 minit sebagai pengajaran,namun aku tetap manusia yang masih punyai akal,waras untuk tidak bertindak demikian.Renungkanlah kata-kata ilmuan berkemeja.


-penakarat-

Monday, January 21, 2008

I Don't Give A Damn

Arghhh.....Tension tak habis-habis,baru nak ringankan kepala tengok sungai,air terjun,panorama hutan yang hijau,ada juga benda nak jadi bagi otak berat.Bagi satu persatu settle kan baik jadinya.

"Jangan,,,,,,,jadi dah mie"bak kata Hanip.
Kalau Min "Tak Wajar dan juga tak masuk akal,,,,,"

Pijoy"Kuku mie,kuku!!"

"Tak boleh macam tu...."man juga nak bersuara.


Final decision,I DON'T GIVE A DAMN!!!!

Pemberontak aman
mie forte and the fortecrew.....



Sunday, January 20, 2008

Bila Aku Berjalan

Saat berputar seakan hilang di pandangan,
Langkah terbuka ke hadapan,

Percaturan cubaan kiri dan ke kanan,

Masih sangsi arah tujuan,


Langit perit memberi senyuman,

Kala suria memancar terik kilauan,

Asing anak muda ni mencari pengertian,

Hidup dan harapan bersimpul jawapan,


Berjalan aku dalam kalut kota,

Melihat telatah gelagat rakyat jelata,

Makin di pandang berasa duka,

Hendak berkata di manakah suara?


Bila dibilang ada menentang,

Bila diperjuang ada kecundang,

Kemana lagi langkah untuk dibuka,

Jika terikat kaki tertutup mata?

Biarlah aku mahu berjalan,
Destinasi juga aku tentukan,
Pimpinlah aku tika tertukar haluan,
Hanya satu impian,
Menuju jalan Tuhan.....


Karya Asli
mie


Tuesday, January 15, 2008

Rasional

Tekanan berlegar di setiap waktu,sukar untuk di terjemaahkan dalam satu rasa untuk digambarkan.Bila bicara soal-soal hakiki kita tersibuk dengan anjuran-anjuran duniawi.Aku pengembara begitu jua kalian,hari ini apa aku hadapi belum tentu kalian menerimanya sama.Kita berasing kedudukan suasana,mungkin tika aku menangis kalian gembira.Berbeza bukan?

Aku cuba ringankan minda dengan melemparkan ke satu sudut isu-isu sampah yang menyemakkan kepala.Terkenang balik zaman pengajian di kolej,Pelbagai pengalaman terkongsi bersama rakan-rakan,ada yang bergaya seperti ke pejabat kadang menjelikkan,yang berambut cacak mencari perhatian,yang berseluar jeans tunggu la tindakan,bagi perempuan manis bertudung,jujur atau tidak
you all yang tanggung.

Awal pagi begitu asing bagi aku dengan kenderaan terhad ke kolej memaksa aku menerima surat amaran berkali-kali,cuba memberontak salah aku juga,bangun tak pernah awal.Terima apa saja keadaan,bila aku bersuara belum tentu ada yang terima,bila aku mendiam diri kata aku terlalu emosi,aku seorang pemikir,pemikir ala barat dan ketimuran mencari kesesuaian,bukan pemberontak membuta-tuli aku bergantung pada fakta dan kebenaran.Kadang-kadang kebenaran itu sukar itu dijelaskan.Aku masih aku dalam suasana berbeza,bersikat rambut ke belakang kadang-kadang sikat tepi aku rasa bebas,bebas dengan pemikiran aku,bukan pemikiran yang bebas yang meletakkan agama di belakang sedangkan ia lah tunjang peribadi setiap insan.

Dedikasi buat
-Bayangkan Kalau John Lennon Tak Mati-
amirsyafiq.blogspot.com




Monday, January 14, 2008

Pagi Yang Gelap-Tamat

Makanan di meja tak terusik,Fakrul hanya memandang,kelibat bapanya belum tiba.Ibunya sayu memandang anak kecilnya itu membelai penuh kemesraan,senyum manis anak itu.Ibu lantas bangun membetulkan rambutnya,memandang jendela.Gelap,bertemankan unggas-unggas memuji alam.Cahaya lampu kereta mewah menyinar ruang-ruang gelap,bergema sekitarnya.Senyum insan yang menanti.Senyuman dibalas sinis,pahit dan kelat wajah seorang bapa memandang teman hidupnya.

Fakrul tidak berganjak dari tempat duduknya.Kelibat insan bergelar bapanya muncul,seorang penyayang yang dikenalinya beransur berubah kebelangkangan ni.Belum sempat kata menyerpa suara lantang bergema,"Lin,
I made my decision.I akan teruskan niat I dan tiada boleh halang.I akan terus kahwin dengan Julia.Samada U benarkan atau tidak,itu bukan persoalan bagi I".Tersentap seketika bagai duri menusuk tepat ke hati si isteri.Pecah terkulai hanyut dengan perasaan derita.Bergelinang bukan kepalang,menitis bagai hujan menyembah bumi.

Keadaan sunyi terselit esakan tangis,"Bang,kalau abang tak fikirkan soal Lin,fikirkan Arul bang."mukadimah pendek terselit seribu penderitaan,"He still young,dia tahu apa bang.."tegas dalam kelembutan ibu bersuara..

Tanda tanya si anak yang kecil memandang gelagat ibu dan bapanya,tidak bertengkar,bersuara kasar.Impak dalam jiwanya tidak memahami apa-apa.Kenapa dia berhadapan situasi yang sebegitu rupa.Anak tak berdosa terhimpit dengan nafsu orang dewasa,orang yang sepatutnya menjadi pembimbingnya terhias dengan lagak tidak beretika.Apa yang di ketahui soal menentang dan memberontak pada jiwa ini?Fakrul tiada jawapanya,bagai tawar jiwa ini.Berlalu meninggalkan tempat duduk di meja makan,menunduk mengorak langkah,terkadang terpancar titis-titis jernih berlegar di pipi.Terdengar suara kecil bergema,"Bukan ini yang Arul mahukan,,,"Terkedu dua pasang mata memerhati jiwa kecil ini...

Thursday, January 10, 2008

Pagi Yang Gelap

Fakrul berlari,terjaga dari mimpi indah yang membelai tidurnya.Mengintai-mengintai daun pintu yang mendengarkan suara bernada tinggi berserta tangis makhluk bernama hawa.Dia hanya diam membisu,pagi yang sentiasa didendangkan kicauan burung dan segar embun tidak lagi menjanjikan coretan indah dalam hidupnya.Tenggelam oleh riuh suara riak orang dewasa bergelar ayah dan ibu.Membincangkan sesuatu di pagi yang dingin.Gelap beransur mengundur diri,matahari tersenyum menyampaikan salam.Anak matanya ligat mengintai memerhati gelagat yang bagai rutin baginya setiap hari.Anak kecil ini belum mengenal apa,hidupnya tidak perlu dibebani masalah,alat mainan kawannya,gelak tawa temannya,imginasi adalah nalurinya.

Daun pintu terbuka,tubuh seorang lelaki berkerjaya berkemeja berbutang kemas dan bertali leher serta memangku sut hitam memula langkah menjeling anak kecil yang terpinga cuba melarikan anak matanya.Lagak orang dewasa itu tidak mempamerkan kematangan,berlalu bisu tanpa menyapa anak yang dahagakan kasih sayang seorang bapa.Fakrul tabah sekental jiwa mudannya,memandang tubuh ibunya duduk menunduk.Sesekali terdengar esakkan halus,berkaca asalnya,tidak mampu tertanggung jiwanya terus menitiskan air mata seorang ibu.Walaupun teragak,setulus jiwa Fakrul menerus langkah mendapatkan wanita yang melahirkannya.Kelibatnya tak tersedar ibunya,anak kecil ini memahami isi hati wanita suci ini tangan halusnya mengesatkan air mata yang mencurah,ibu terdiam membiarkan anaknya menghilangkan derita,namun hatinya kian tersentuh.Mencurah laju lantas dipeluk erat anaknya itu."Mama...jangan nangis...arul sedih tengok mama nangis..."Biarpun berusia 4 tahun,Fakrul telah mendalami segalanya...

Bagai tercucuk duri mendengar rintihan anaknya,"Arul,mama tak apa-apa...Arul tidur sayang.."Terkedu meluahkan kata.Fakrul masih membisu memegang erat tubuh ibunya.Suasana bagaiakan tersenyap.Dua beranak ini dalam kesangsian......

akan bersambung,,,,,