Wednesday, June 2, 2010

Apabila segalanya sudah terjadi......

Ayuh berbicara serius!

Syukur aku kepada Tuhan,nafas ini masih ada untuk mengkalamkan sebuah nukilan yang tak pernah aku karangkan sebelum ini.

Selama ini aku tidak berterus terang untuk bicara soal cinta,kerana aku sangat mengagumi cinta.Cinta bukanlah jasad yang bisa disentuh dan diramal,ia adalah pengalaman kerana akan dirasa oleh tiap umat.Aku masih ingat kata-kata sasterawan negara A.Samad Said,bila diaju tanya apakah pengertian cinta padanya,aku kagum dengan jawapannya kerana ia benar, 'Cinta adalah anugerah perasaan yang diberikan oleh Tuhan untuk dirasai oleh setiap manusia' ringkas dan padat.Selama aku bernafas sebagai manusia biasa,aku tak lari dari didatangi perasaan cinta.Seorang teman pernah berkata 'you bukan seseorang yang mudah jatuh cinta'.Dia mengerti peribadi ini.Kerana cinta bisa mengangkat aku menjadi seorang juara.Berada dipuncak bumi untuk dibanggakan.Cinta punyai nilai yang subjektif bagi setiap individu.

Kali ini aku tewas lagi.Tewas dalam perjuangan yang dihimpit oleh keadaan.Aku benci dan berasa sundal dengan keadaan.Keadaan telah merampas segalanya.Aku cuba mencipta bahagia,tapi keadaan tidak menyebelahi aku sekali lagi.Benar,ada yang merasa jengkel dengan sikap berdiam diri aku,tapi kali ini berdiam diri aku kerana aku terlalu buntu dengan apa yang aku lihat.Aku cuba memotivasikan diri untuk menerima keadaan yang dihadapan aku,begitu mencuba sehingga aku kebuntuan dan tiada titik yang jelas untuk aku bincangkan apa yang sedang aku alami.Begitu banyak yang aku pendam.Sekian lama aku tak mahu bicara kerana aku mengerti aku pasti tidak relevan.Adalah lebih baik aku mendiam.Memang ia bukan jalan penyelesaian,tapi aku tak suka menyampaikan kekecewaan dengan berbahasa.Bukan niat untuk menyeksa mana-mana jiwa,tetapi aku perlu ruang dan masa untuk sembuh menderita.Bila aku dah kembali segalanya aku lupa kerana yang berlaku itu ada sesuatu yang perlu dilihat dalam nada yang lain.Tapi kali ini berbeda sekali keadaannya.Sekali lagi,keadaan,aku sangat membenci keadaaan.Aku hanya mampu membicara sebuah kenangan yang begitu terindah....

Setiap kali melalui bangunan itu,aku akan tersenyum mengenang apa yang telah berlaku hampir lebih 2 tahun dulu.Manis saat itu,satu pertemuaan yang spontan dan santai,tatkala masing-masing masih lagi sedang memancu bermula di garisan untuk mengejar cita-cita.Perbualan ringkas antara kami,bicara soal yang mudah,tidak berat.Titik itu aku amat mengingati senyumannya.Jujur pada matanya.Kami bicara kerap pada mata.Sebelum berlalu,aku sempat memandang buat kali terakhir dan melambai sambil mengucapkan sesuatu.Dia sambut dengan senyuman yang begitu ikhlas.Maka bermula satu lembaran baru dalam hidup ini.Tak berhenti disitu pertemuan kali kedua lebih mengujakan,hujan renyai menyentuh bumi,aku yang baru menyelesaikan ibadat asar menuju ke kafe,tak sangka dia ada disitu,berbaju kemas manakala aku sekadar selekeh,aku tawarkan untuk menghantar dia pulang,dia sambut ceria.Kredit buat seseorang kerana meminjamkan kereta.Segalanya indah ketika itu,seolah hampir bertahun-tahun kami sudah saling kenal mengenali.Beberapa minit dalam kereta membuatkan aku mengeletar,entah kenapa perasaan itu hadir,dia bisa membuatkan aku gementar.Namun aku tenang berbicara bersama.Kami ketawa dan berdikusi dengan suasana keindahan petang itu yang diiringi hujan renyai.Masa berlalu pantas.Aku melihat dia berlalu pulang,aku tersenyum.Aku memberanikan diri mengajak dia untuk makan malam yang sederhana.Dia terima,aku sediakan segala tapi tak tahu kemana harus dituju dan hanya putuskan dengan spontan.Malam itu juga berlalu dengan pantas.Kemanisan senyumannya begitu mengagumkan aku dan sering membuatkan aku terdiam.Malam itu,bab baru antara kami,dia menjadi seseorang yang membangga.Aku kagum dan teruja.Segalanya boleh dikatakan bermula pada malam itu.Kami mulai bicara soal yang mendalam.Akhirnya kami serahkan pada ketentuan.

Masa berlalu dan terus berlalu,aku peroleh keputusan untuk meneruskan sesuatu bersama dia.Kerana kekecewaan yang ditanggung sebelum itu amat memeritkan.Aku percaya dia seseorang yang berbeda antara yang aku kenal.Kami lalui bersama tanpa merancangkan apa-apa,segalanya berjalan baik,cuma ada menjadi lumrah untuk bermasam muka.Acapkalinya dari aku yang tak bisa mengerti.Tapi dia banyak mengertikan aku untuk aku terus memahami.Ada satu ketika aku mengecewakan dia,titik hitam antara kami.Aku akui itu adalah satu kesilapan aku.Namun,aku tak boleh menghindarkan dia dari hidup aku.Aku laluinya dengan betul-betul kekesalan.Banyak ketentuan yang tak terduga terjadi.

Diari antara kami sebelum ini telah terkubur dan tak tergali.Pada kemudiannya kami bersama-sama terbitkan kembali.Ingin mulakan sesuatu yang terhenti dan terkubur usang.Aku mengingati detiknya,pada malam itu,ya malam itu bicara hati kedua jasad ini setelah hampir jauh terpendam.Dan aku masing ingat segala detiknya.Aku kembali dilandasan.Aku kembali kepada kebenaran.Aku hadapi suatu kenyataan.Permulaan baru yang baik,aku berdiri dengan peribadi yang baru kerana dia dan tak sanggup lagi kehilangan jasad itu lagi.Saat yang dilalui kali ini amat berbeda.Apa yang jelas,aku juga jauh berbeda.Dia sendiri menyatakan.Ini adalah kerana dia,dia pernah katakan 'apabila bersama yang penting adalah saling membangunkan dan menjayakan diri masing-masing'. Pelayaran kami dititi dengan pelbagai dugaan dan halangan.Tapi aku terus memperjuangkan demi rasa ini.Aku sering mengingati keindahan bersama,secara spontan malam itu berlaku,tak pernah aku sangka yang akan berlaku juga apa yang pernah dihajati selama ini,sepanjang perjalanan segalanya tenang.Aku begitu tenang dan tidak apa yang aku fikirkan selain dua hati ini sedang menjalani kehidupan yang indah.Makan malam itu,tempat itu,suasana itu,wajah itu,hanya keikhlasan yang tercatit.

Hari demi hari ujian sentiasa menanti.Ada halangan yang begitu besar.Segalanya adalah punca aku yang sering menjadi masalah kerana tidak dapat menerima.Aku tak mahu bicara panjang tentang apa yang terjadi,dan aku tak pernah menggangap dirimu seperti apa yang pernah kau lafazkan.Itu amat memedihkan.Dirimu adalah yang teratas dalam apa jua langkahku.
Maafkan jasad ini menjadi begini,
maafkan jasad ini kerana tidak mahu mengerti,
maafkan jasad ini kerana bukan yang terbaik untuk sama-sama menjalani...

Apa yang mampu aku katakan apa yang aku kecewakan ada perkara yang tidak pada haknya,hak aku dinafikan mungkin kerana aku bukan seperti apa yang aku rasa pada dirinya.Mungkin karma telah menerjah.Aku tak mampu menepisnya.Bukan aku nak salahkan dirinya sepenuhnya,tapi dari awal aku nyatakan keadaan yang tidak menyebelahi aku.Keadaan serta sekeliling yang tidak tahu di mana tempat aku berdiri.

Dan tatkala itu ada halangan yang besar menerjah.Aku akur.Lulur hati mendapat tahu.Mungkin itu yang terbaik dari membiarkan dirimu letih,melayani hati ini.Anggaplah segala yang dinyatakan mereka adalah benar walaupun aku sedang berusaha mengubahnya.Ya,mungkin karma.Karma yang terpalit kepada aku.

Kini aku sedang menjalani sesuatu yang berbeda.Seumpama berada di puncak gunung,akhirnya tersedar kembali ke masih di berlegar di kaki gunung dan harus kembali mendaki.Aku tidak bermaksud untuk aku lafazkan segalanya disini,sekadar lapangan untuk aku menyampaikan sesuatu di hati yang terbuku.Kerana aku jarang berbicara soal ini.Aku tiada medium untuk menzahirkan segalanya.Jika ada antara kita,pasti akan bertemu semula.Aku akan terus mendoakan ada yang terbaik menanti.

Semoga akan bertemu kembali,penakarat bakal mengundur diri untuk sekian waktu.Tintanya mulai patah,dakwatnya kini rebah.Maafkan segala yang pernah terjadi....

I'm bleeding and broken,the best part is I'm stiil alive....

Kerana kamu wanita yang telah kupilih.........


bila nanti ada yang mencintaiku
tak akan pernah aku menerimanya
dan bila nanti datang bidadari
tak akan pernah hatiku kan ku beri

karna kamu wanita yang telah ku pilih
cuma kamu penjaga hati ini
karna kamu wanita yang telah ku pilih
ku mohon jangan pergi

jadilah wanita yang ku puja
untuk selama-lamanya
jadilah wanita yang sempurna
selama kau bernyawa