Friday, April 25, 2008

Antara Watak-watak yang Wujud

Aku berhadapan dengan hari yang sangat meletihkan,tanpa henti jadual yang aku ikuti.Dari utara ke selatan hingga ke wilayah tengah,sekitarnya lebih di sini,daerah yang didiami anak pesara kerajaan ini.Atas desakan rakan-rakan seperjuangan aku menerima tawaran yang menjanjikan pengalaman baru yang mengujakan dan pulangan modal wang ringgit yang berbaloi,aku setuju dalam memberontak.Tidur yang terganggu dan keletihan yang masih menebal tidak mematahkan semangat kami.Watak baru muncul dalam hidup aku,ada dua tapi berbeza peribadi.Dalam misi kami,kami perlu membina komputer peribadi untuk seorang kenalan,motif utama mencari hardware pada harga berbaloi agar masih berpeluang untuk menghabiskan baki wang untuk kami bergembira.

Pencarian kami berjaya,pada harga yang memuaskan kami menerus tugas kami walau terpaksa berulang-alik memeriksa harga peralatan komputer di kedai yang berbeza.Di sini seorang si watak baru memulakan peranan,tidak sombong bila aku bertanya dan menyuarakan pendapat,walaupun muka keanak-anakan tapi dia sudah patut memperoleh anak.Aku kenal dengan nama Ajis,pakar membina dan memasang komputer ,kerajinan dan kecekapannya aku puji.Layak berkawan dengan Bill Gates tidak dengan wanita eropah.

Perjalanan hari itu sangat panjang,hingga ke malam hari,kemudian ada ketika hadir watak bangsat yang aku kagumi.Penghuni rumah sewa berjiran cina.Kehadiran dia seolah mengundang bencana,hati aku bagai merusuh,jikalau ada FRU pasti water cannon menerjah.

Si Bangsat:Korang buat berapa semua ni.

Si Pengaturcaraan:Dekat seribu tiga gak la.

Si Bangsat: Mahalnyer,adik aku buat tak sampai seribu.Monitor berapa?

Si Pengaturcara:230

Si Bangsat:Mahalnya brand apa ni,samsung.Samsung cepat rosak doh.Ni speaker apa ni?Spectra brand apa ni,tak pernah dengar pun.

Si Pengaturcara:Sonic Gear Spectra.Tu model spectra.

Si Bangsata:Owh(terdiam)Graphic Card series berapa?

Si Pengaturcara:7 je.

Si Bangsat:Tak leh lawan adik aku la,dia 9 series.Uh..(Berlalu pergi)

Ada seberapa lagi dialog antara mereka,tak dapat aku tayangkan,aku hanya pemerhati dan mendengar setiap kata yang keluar dari mulut bangsat ini.Setiap kelakuan pasti menjengkelkan,dia membuat aku mengeletar seluruh tubuh untuk melayangkan kaki tepat ke arah mukannya.Dia hanya memperlekehkan setiap sudut komputer yang sedang dibina.Perilakunya kami bincangkan seketika,aku menjadi hairan bagaimana makhluk sebegini wujud dikala namanya pun aku tidak kenal.Sedangkan kebiadapan dia melampaui batas norma-norma hidup masyarakat.

Sentuhan percakapanya membuatkan aku tertanya-tanya.Wujud perasaan sangsi,dirinya baru beberapa minit kenal telah membuatkan aku tidak mahu kenal lebih dalam,tanggapan aku berubah negatif padanya.Seseorang yang memandang rendah ke atas seseorang yang lain tidak layak menerima penghargaan.Moralnya aku dapat dari mengenali dia,usah ditanya apa,kalian pasti dapat jawapannya.



No comments: