Monday, April 19, 2010

....dan aku kalimahkan kekecewaan itu....

I being a fool,

But i'm trying to look cool,

I saw the cupid,

But i'm just a stupid,

I stand in the place that i'm not belong........

and I know who I am.......


kecewa.terkilan.sekian.

Tuesday, April 13, 2010

Pulangnya Dari Tanah Itu....

Aku kalamkan setelah merasainya.....

Lama aku tak kembali ke tanah itu,tak terisi segala peninggalan usang dalam cerita yang tak bernoktah.Mulanya tanah itu aku jejak untuk merasai dan mengenali erti sebenar kehidupan,bukan sekadar apa yang tertera di kertas menandai kepandaian,segalanya penilaian apabila sesama umat manusia berinteraksi walaupun bertelanjang.Aku bermula disini.Aku mahu akhir jua disini.Akan aku tinggalkan iklim yang sentiasa dihantui bayang-bayang yang mengelamkan apa yang aku perlu.Semuanya umpama garisan yang terpesong disudut terang.Terang itu dibutakan kerana akal yang cetek merumus kemungkinan dan natijahnya adalah apa yang berlaku dicermin penilaian.Kabur dan retak.Boleh dicantum dengan usaha tapi sampai bila.Aku belum katakan tewas untuk itu,aku mahu perjuangkan,biarlah satu hari nanti ternyata ruang itu tertutup dan sudah hapus,saat itulah tanah itu tidak akan menjadi erti walaupun ada berhutang dengan janji.Atmosfera itu tidak sedikit pun berbeza.Aku lihat sama.Nyata aku tetap bukan malaikat.Aku jatuh berbisikkan suara yang menyulamkan kemanisan detik-detik malam berbumbungkan langit.Langit itu indah,bintang itu cerah,bulan itu sentiasa menyerah.

Apabila langkah ini melangkah,janganlah bertelagah.Kelak susah.Terima kasih kepada jasad yang bisa memberi sekelumit ruang yang ada batas.Sekurangnya ia bisa memberi,walaupun tidak pasti namun memberi.Bukan meninggalkan persoalan yang aku tidak tahu jawapan.Hati ini setitik demi setitik bertitiskan hitam,warnakanlah ia.......

Tuhan,ampunkan dosa-dosa silam di tanah ini.....
Tuhan,kuatkan aku untuk berdiri.....
Tuhan,lindungi jasad-jasad yang memberi....
Tuhan,hanya-Mu punyai jawapan pasti....
Kami hanya hamba yang kerdil goyah berdiri......

Akan aku kembali ke tanah itu.....