Thursday, December 31, 2009

Thursday, December 17, 2009

Kini Roda Telah Berputar......

Aku terpaksa menangis,

Aku terpaksa merintih,

Cahayaku semakin redup,

Memilukan...

Saat ku jatuh dan terpuruk sendiri,

Roda memang telah berputar.......

Monday, December 14, 2009

Aku Yang Memandang Ke Sana....

Jauh aku memandang ke langit malam yang bertemankan beribu titik bintang,aku memandang pada yang satu,ia ada disitu,tapi itu cuma semalam,kerna ia tahu bukan selamanya dia akan temani aku. Hembusan asap rokok yang menyelubungi persekitaran tenang dalam rantapan malam yang melayarkan fikiran aku melayang jauh, sentiasa berfikir dan berfikir.Tidak pernah curang untuk berfikir kerna disitu ada jawapan,tetapi kenapa jawapan itu bukan hanya untuk aku?

Lelah ini tak siapa mengerti,kebuntuan ini tak siapa mampu mentaksirkan.

Jauh aku memandang adalah memandang diri aku yang benar dalam kegelapan,jika ada menyangka aku cahaya,cahaya itu tidak bererti terang,cahaya itu tidak bererti kekal,kerna siang pun gantinya malam.

Sakit ini bukan itu ubatnya.

Kira ada waktu yang terhenti,detik itu masih mengira langkah,berjayakanlah untuk diri sendiri,pandang ke belakang untuk kau mengerti,mengerti bahawa hidup ini tidak semudah yang disangka.Ia berupa roda yang menyusuri laluan berduri,bila tidak menyentuhnya kita akan terlupa,bila ia menusuk,kita pasti merindui putaran di atas.Dulu aku sudah terbaca natijahnya dan tidak perlu ada lain yang akan mengulanginya.

Sayup malam ini.......

Lena kini tidak seperti malam-malam yang suci tidak dilacuri derita.Bukan menyata seksa,cuma berkongsi rasa,bukan minta simpati,mohon ada yang menghormati,bukan semua situasi akan kekal pasti,keredhaan hati itu paling satu yang mesti.Didatangkan untuk mengubati,dijauhkan agar kita mengingati.

Maafkan diri ini jika mungkir pada janji,bukan niat dihati,cuma ingin memberi perjalanan kembali suci......

Titik hitam itu,masih belum terpadam,hanya aku yang memendam.....

Pandukanlah layar itu,belum tentu aku pengemudinya.....

Bimbinglah langkah dengan pedoman,agar tidak terjejas iman.....

Jauhkanlah permusuhan,bukan itu yang harus dijalinkan....

Ya Tuhan....Pada ciptaanMu aku memandang,mengirim doa....

Semoga tenang bagi hati yang berlara,semoga kuat mereka yang terluka....

Ampunkan tulisan dosaku....

Perjalananku belum sempurna.....









Thursday, October 29, 2009

Masih

Buka dan tutup.

Aku lihat lainnya.

Berlarilah.

Jika mahunya.

Mula dulu beda.

Akhirnya noda.

Halus yang hiris.

Terima Kasih.

Noktah.


Ratapan Pena Halus, Jemari Kudus


Renungan jauh menjunamkan aku ke dalam telaga kenangan, melemaskan aku dalam banjiran kepahitan.....

Aku percaya ramai yang ingin diundurkan masa dan waktu ke masa silam, samada untuk menikmati kenangan atau memperbetulkan kesilapan. Perkara ini jelas menjadi sesuatu impian yang pasti tidak dapat direalisasikan. Begitu juga aku yang pernah dan terkadang terdetik untuk dibawa ke suatu masa yang lepas untuk aku tatapi lambakan kenangan yang begitu indah dan lemparan satu jarak masa agar dapat aku betulkan kesilapan. Kesilapan dan kebodohan itu biasa untuk singgah dalam kamus hidup dan menjadi tatapan hamba yang lemah di muka bumi ini.

Aku begitu mengimpikan untuk dikembalikan pada garis masa zaman kanak-kanak aku. Aku membesar dengan pelbagai suasana, manusia itu subjek yang jelas aku saksikan untuk aku tatapi dan menjadi ilmu yang tak berguru. Ada kenangan yang masih aku ingatkan, masa itu memang aku masih seorang anak kecil yang temannya adalah senyuman dan hilai tawa. Dunia itu aku jangkakan luas dan penuh kenikmatan dengan kegembiraan. Ya, aku setuju ketika itu segalanya terhad tapi aku tak rasa tersekat. Aku tak rasa dimanjakan walaupun amat jarang mendengar nada tinggi dari mak dan abah. Abah jarang menyekat, kami adik beradik tiada halangan, aku cukup memahami berdikari sejak dari kecil. Abah tak berikan arahan dan peraturan tetapi kami sedar apa yang boleh apa yang tidak. Abah menjalankan tugas sebagai bapa dengan baik, ada yang mengabai tapi tidak terabai. Mak sayangkan anak-anaknya, dari kecil hingga kini kasih mak itu tak terlerai biar kami kian dewasa dan berjauhan. Lepas balik mengajar ada menanti kami adik beradik di rumah, apa sekali pun pasti ada, mak tak lupa. Tiap anaknya tahu apa mahunya, bila aku berdiam, mak tak akan tenteram, bila aku merusuh, mak mahu ia dimansuh, bila aku diuji, mak tak akan mengeji, bila aku tersandung, mak segera membendung. Hinggakan kini perkara itu masih tak berubah. Cuma kami yang ada tika tak dapat jadi macam mak.

Abah seperti aku, sayangnya atau marahnya kadang tak dapat dilihat tapi dapat dirasa.

"Kamu semua kecik lagi masa tu, abah sampai tak sedar, anak-anak abah dah besar"

Aku ingat kata-kata tu,masa kami dua beranak melalui kawasan perkelahan keluarga kami suatu masa dulu, abah rindukan sesuatu, tetapi aku mahukan sesuatu. Tangan itu yang menyisir rambut ini agar kemas bersekolah, jemari itu mengemas diri ini, bibir itu yang berkumat memberi nadi dan inspirasi, kudrat itu yang menyediakan rezeki untuk disaji. Apabila semua kian membesar keadaan pasti berubah, yang dulu ertinya berbeza, sekarang mahunya agar ia lebih bererti. Bila kenangkan semua ini, sekental hati pun bisa terusik.

Aku ratapi semua ini, dalam keadaan yang berbeza. Mungkin aku terkadang terlupa, terkadang terleka, terkadang merusuh, hanya kerana aku juga manusia. Putarkan aku pada waktu itu agar aku dapat melihat senyuman dan hilai tawa aku supaya kesakitan ini menyinsih pergi.

Aku rindukan dulu.

Jika zaman kanak-kanak aku meriang bebas, tika dewasa ini hanya melegarkan kepahitan. Undurkan aku di satu ketika di mana aku bisa menghalang dan menentang supaya menghalau jutaan panahan penderitaan dan kesepian. Supaya tiada mata bisa dibasahi, supaya bibir tidak mengetam menahan laku. Kenangan itu sejarah yang mengukir pelbagai keajaiban. Tidak terlintas untuk mendampingi dan tidak menyangka akan bersengketa. Entah mana silapnya, jumpa itu tidak disangka, pergi itu tidak dilupa, sakit itu tiada angkara, tanpa yang memberi peluang masakan mungkin akan terluang. Bukan ertinya dewasa itu penuh kesakitan cuma ia lumrah untuk dibiasakan.

Hargai kenangan itu untuk kita merasakan kita pernah gembira tika diundang nestapa, kenangkan penderitaan itu untuk kita mara menuju langkah yang maju. Kenangan itu berada dalam kamus yang dijilidkan dalam hati untuk aku terus mensyukuri nikmat abadi Ilahi.

......resah tidak dikisah, marah tidak dirayu, salah tidak diubah, luka tidak disapu....

Aku rindukan dulu.







Sunday, October 18, 2009

Ceritera Penyair Puteri Bayang Sang Pari-Pari

tidak membuta ketika celik,
tidak membisu ketika berpetah,
tidak merangkak ketika ingin berlari,
tidak kecundang ketika bergundah....


AgungnyaMu wahai penciptaku, adilnyaMu memberikan ruang untuk aku merasai sesuatu kesempatan yang mana Kau selitkan, maka kecimalah aku untuk melangkah...Dosa itu tidak akan mengering, dosa itu berupa air mata yang mengalir di pipi, air mata itu bisa berlalu menitis di sekeping hati yang punyai rasa, rasa itu sudah aku jalaninya. Aku bagai diapit sebuah cerita yang berbeza akhirnya, jalannya punyai sama, pelakunya nyata, jiwanya satu, disitu akan berpadu..Lemah dan tewas bila beradu, tenaga dipalu, berentap, tersentap, tiada disantap, maka berlerai...kunjungkan bila ia perlu, lalukan bila ia kaku, satukan ia bila mahu, jangan terburu, semoga bila ia pergi............

ada yang sama pada jurang yang berbeza.........

Thursday, September 24, 2009

Antara Waktu Yang Kian Disusuri..

Salam Eid-Mubarak 1430 Hijrah......
Kira lidah bisa terlanjur kata,

Andai laku bisa tersalah aju,

Lafaz mohon ampun menjengah ikhlas dari hati.....

Beredar meniti perjalanan masa yang kian kelam dimamah arus perubahan,kian sempit erti yang biasanya mengundang sekelumit kalung keindahan.Berlalu titik itu meninggalkan sebuah cerita berkesinambungan songsang meletakkan rupa tidak lagi menjadi rupa......

Permisikanlah......


Sunday, August 30, 2009

Kotak

Berdimensi ruang yang sepi habuk serta jaringan sarang sang lelabah mengisi sudut, mengadu dalam retakan sang jiwa bergelora atas tindihan rayuan pemuja. Kotak terisi tidak bererti tiada lagi yang akan ditangisi, kotak yang sepi tidak bererti asyik menyendiri, dia ada dunia yang berpaksikan ceria kerana dia wujud di dunianya. Kotak mati bila pita diselang seli, kerna tertutup ruang cahaya untuk dia menilai. Kecima dia bila ruang kelam bertemu rasa. Kotak aku tahu kau gundah, aku tahu kau merana, aku tahu kau tak percaya kerna rasa diberikan pada kau hanya harapan, lalu kau memujuk diri mu sendiri. Kerna siapa yang hancurkan itu tidak hadir membuka simpulan yang disimpulkan. Parah. Kau tidak mengalah, bangun terus berdiri untuk dimusnahkan, tidakkah kau begitu naif? Bila akan terbang senggara dalam dirimu, adakah kerana kau sekadar tidak dilihat kau senang disekat? Bodoh. Kenapa tak dicarik-carikkan supaya kau terkubur untuk melaksanakan hasrat yang kau larikan dahulu? Aku persoal kerana kau buntu, buta, derita, cara kau berbeza untuk melihat ada yang suka, senang melihat ada yang bergembira. Tetapi kau tetap sekadar berhabuk usang di satu sudut pendarahan emosi. Kau sangsi. Kau belum pasti. Kau pasti mati. Jikalau mati aku penuh bererti dari mati menyembah bumi hilang sebarang janji. Aku ada bakti. Kotak tidak terusung pergi berani mencuba lagi kerana kisah dia bukan lagi misteri. Kotak masih di situ menari-nari.

The Tree


Ehsan http://15malaysia.com/films/


Aku sangat tertarik dengan klip filem pendek hasil karya arahan Amir Muhammad,ceritanya ringkas sekadar sesi soal jawap bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menbacakan hadith Nabi S.A.W. Dalam karya ini,aku melihat ruang pengisian apa yang disampaikan,mengetepikan soal-soal teknikal pencahayaan mahupun sinemografi. Apa yang disampaikan begitu mendalam mengenai ibadah dalam konteks lain selain ibadat wajib dan sunat, aku masih teringat kata-kata ustaz ataupun ustazah yang pernah menyampaikan ceramah, jika nak pahala cukup senang, tengok langit, kaabah, laut dan hasil ciptaan Allah pun boleh dapat pahala, niat nak buat baik pun ada ganjarannya.Intipati The Tree tidak jauh bezannya,sesuatu yang mudah tidak akan terlepas pandang di mata Allah sekiranya kebaikan yang hendak diamalkan pasti ada ganjaran menanti kita.

Selain The Tree terdapat beberapa karya filem pendek di http://15malaysia.com/films/ kalian boleh akses terus dan menonton sebahagian klip-klip yang telah di terbitkan.
15MALAYSIA dilihat menampilkan sedikit sebanyak apa yang sedang berlaku di sekeliling masyarakat kita, melalui kaedah ini ia berkesan untuk membuka mata kita menyedari keadaan sosio-politik masyarakat Malaysia, kita tidak hidup bersendirian, apabila wujud masyarakat maka wujud perbezaan, apa yang menjadikan kita mampu hidup bermasyarakat apabila kita turut meletakkan kaki kita dalam keadaan kehidupan masyarakat lain. Hanya sebahagian yang masih di belenggu perbezaan dalam status yang ada . Kesemua filem pendeak yang diterbitkan akan boleh ditonton mengikut jadual tayangannya. Apa yang dinantikan ialah penampilan khas saudara KJ dalam filem pendek Meter yang akan ditayangkan pada 9 September 2009. Akhir kata buat teman-teman semoga mendapat manfaat bersama serta sekalung syabas buat 15MALAYSIA....

Wednesday, June 24, 2009

Ternyata



Bila first time dgr lagu ni,aku dah mula minat iramanya.Estrella jarang mengecewakan dengan tempo dan bit yang slow dan tenang tambahan lirik yang simple lagu ni menjadi salah satu list perlu dengar acapkali rasa best datang.Apa yang ternyata belum tentu menjadi hakikat yang pasti,tapi apa yang ternyata dihati mungkin pasti jadi abadi seikhlas naluri.......

Dari meja ini,jari jemari menari......

Sekelumit waktu yang beredar
meninggalkan kenangan
begitu sinonim dalam penjiwaan yang kosong
menanti syahadah berupa madah........


Lama menyepi tidak bererti menyendiri,lama diam tidak bererti pendam,lama mengasing tidak bererti runsing.Lelah dalam meniti adap hidup yang tak menentu,berupa ceritera yang agung untuk dikalimahkan,jika angin bisa tiup bertemankan kerinduan,hujan juga bisa rebah mensyairkan kesedihan.Titik itu bisa menjadi nokhtah bukan lagi menjadi kalimah,kelam yang diusung menjelmakan hati yang binggung.Sengketa,musuh utama penjiwaan,anak muda kerah akan pemberontakkan,janji bukan lagi pegangan untuk meresah rintihkan ketenangan.Ayuh wahai pencinta kedamaian,retakkan tembok halangan kesepiaan untuk kita meniti bahagia dalam rusuh yang mengila.Wahai jiwa hitam yang berselerakkan mencaci asuhan keamanan matikan detik randik,biar menyinsing fajar bertiraikan kebenaran.Bila jari ini mula menari,jangan biarkan ia berhenti,bila ia mula menyendiri,belum tentu ada kembali.......

Wednesday, April 22, 2009

Sekali Lagi....

Mereka datang lagi.Sekali lagi pertemuan yang tak perlu berlaku.Aku tak pasti kenapa kerap kali terjadi.Aduh.Tamparan begitu hebat bagi lelaki ini yang mahukan keserdehanaan.Ceritanya berlaku agak lama dahulu,bersekitar aku di dalam kampus,bukan sekali ini aku berurusan dengan makhluk yang suka show off. Aku ke perpustakaan dengan tujuan ikhlas ingin menelaah biarpun separuh jiwa aku tertera MALAS,hari itu aku menjadi rajin dengan tak semena-mena,mungkin aku dah mula sedar tanggungjawab aku pada semua orang.Kejadiaan hari tu bermula dengan tragedi,aku nyaris dilanggar Toyota Vios hitam entah siapa punya,installment pun tak habis bayar nak langgar orang.Wahai pemilik lesen kelas D,itu jalan aku,idiot! Aku terus memacu laju tak hiraukan kelibat menatang hitam yang mengerikan itu.Biarpun masih kedengaran seretan tayar beliau membrake tercetus daripada kuasa ABS,tetapi kuasa pecutan motosikal berkuasa tinggi aku lebih menyerlah memecut.Aku tinggalkan beliau terpinga-pinga dalam renyai hujan,tahu pun kau,that the price you should pay!

Itu bukan cerita yang nak aku sampaikan,kini bermula la satu episod pertemuan yang tak perlu berlaku,aduhai wanita yang tak berapa kaya tapi kau nak kata kau kaya.Aku dan remy sahabat yang kerap aku bersama sejak sekolah menengah hingga kini,aku terasa bagai dialah yang mencuri tulang rusuk aku,tapi ini adalah terlarang,maafkan aku kita tak boleh pergi jauh.Pasti dia akan mencarut-carut baca line ni.Kami menelaah sama-sama,dia perkenalkan aku dengan seseorang,aku lebih dahulu mengenal si pemilik kamus elektronik Besta ini, tapi kami tak pernah berbual.Mula-mulanya seperti biasa,tiada yang aku curigakan hinggalah telefon aku berbunyi menerima sms dari remy,"hang dah lakukan kesilapan".

Aku masih tak mengerti tapi aku tau ada yang tak kena,kami teruskan menelaah hingga satu detik si perawan itu hendak ke mana entah,aku macam malas ambil tahu,pasal belajar pun aku dah malas ni nak sibuk-sibuk hal kau,maaflah kau bukan best.Dia tinggalkan wallet dia kat kawan dia,aku perhati melihat tiba-tiba je suruh kawan dia pegang beg dia sambil berkata

"wei,jaga beg aku,ada ribu-ribu dalam tu,kredit kad semua ada"

Huh??Aku kata dalam hati,perlukah?dah tau banyak ribu bawa je la sekali,pastu dah tau ni library cakap la slow-slow,cakap sekali pun tak apa,kawan kau tu Melayu dia faham,tak perlu kau nak ulang berbelas kali tarik perhatian aku.Sebab aku pun tak minat nak tau.Aku mula rasa tak selesa.Dia mula menjadi subjek kajian untuk aku,bab-bab mengkaji ni aku guna terma objek dan subjek,ada yang memahami,senyum pulak dah baca line ni.

Setelah tamat menelaah aku pergi ke motosikal berkuasa tinggi aku bersama remy,remy punyai Honda,jangan pandang ringan pada beliau,aku pun Modenas je.Kami berbual panjang sebelum menyantap kuih-muih pada waktu petang.

"Apa maksug hang aku dah tersilap langkah?"

"Mie dia tak boleh blah,sebelum hang mai,dia cakap dalam telefon nak beli BMW,mie BMW mie!!ckp poyo abis,hang lak boleh keluarkan siapa tak kenal XXX masa aku kenalkan dia tadi,memang menjadi poyo la dia"

(Aku meludah)

"Uik"

"Aduhai,kenapa macam tu sekali?"(aku tenang berkata tetapi sebenarnya aku dah mencarut dalam bahasa Inggeris masa ini,aku tak boleh publish nanti kena punish)

"Tak tahu la mie,aku tak boleh tahan tadi masa dia dok membebel-bebel dalam telefon,sebelum ni memang dok berlagak kaya,tapi hang boleh nampak kot"

Panjang lagi perbualan kami tetapi aku tapis demi menjaga kebaikan umum,aku takut ada yang keluar darah melalui hidung apabila membaca kelak.

Aku tak mengerti,dia bukan insan pertama yang aku kenali sebegini,ada yang lebih memualkan,meremang bulu-bulu aku yang nampak mahupun yang tak nampak.Aku akui dia punyai jentera beroda empat tidak seperti aku dan remy tapi kami bersyukur dengan keadaan kami,kami turut idamkan keadaan yang lebih baik namun kami tidak pernah hendak menggangkat hidung menunjukkan kami adalah yang terhebat.Kami bukan tong yang diketuk bising diselak kosong.Kami ada wawasan dan plan bukan parasit.Dia mendefinisikan aku "beauty is nothing without brains".

Cuma yang menghairankan aku,aku sering berhadapan dan berurusan dengan makhluk yang sebegini hinggakan aku usulkan kepada saudara sedarah aku,"memang nasib hang kot jumpa orang yang suka show off,(ketawa)janji kita tak jadi macam tu sudah".Ini menyedarkan kehebatan kuasa yang ada,kerna disayangi ada petunjuk yang diberikan,luruskanlah jalan hambaMu ini........tiupkan kesedaran bagi mereka yang telah jauh terlepas dari cahaya-Mu.....


Monday, April 13, 2009

Roulette

I have a problem that i can not explain
I have no reason why it should have been so plain

Have no questions but i sure have excuse

I lack the reason why i should be so confused

I know

How i feel when im around you

I dont know

How i feel when im around you

Around you

left a message but it aint a bit of use

I have some pictues but one might be the duce

Today you saw you saw me you explained

Playing the Show when running down the plain

I know

How i feel when im around you

I dont know

How i feel when im around you

I know

How i feel when im around you

I dont know

How i feel when im around you

Around you

I know

How i feel when im around you

I dont know

How i feel when im around you

I know

How i feel when im around you

I dont know

How i feel when im around you

I know

Around You

Around You

Around You

Around You

Friday, April 10, 2009

Ada Yang Kembali Ada Yang Pergi......

Terima kasih.Ada perhargaan.Tiba dan pergi.Tak minta untuk menyulit.Doa aku iringkan.Salam aku persembahkan.Terima kasih.

Ramai yang mencemburui keceriaan aku,ada tiap masa untuk bergurau dan seloka,mereka pastikah apa ada didalam hati anak muda ini?
Bila aku berdiam ada yang berbisik,cuba mentaksirkan apa yang aku alami,mereka salah,tika kalian sedang ketawa disitulah aku sedang menderita ketika aku sedang berdiam diri ketika itu la aku menghiburkan hati.Bila aku rasakan ada cahaya yang cuba menerangi sekali lagi aku tewas dalam permainan hidup ini.

Ucap kata aku mampu membangunkan insan yang dalam keadaan lemah,tika aku lemah siapakah yang menyedari jeritan aku?Aku suka berdiam,bukan bererti membenci dan berdendam,biar aku usaikan sendiri.Masa satu sentimen digunakan untuk membiarkan keadaan terus tenggelam dan dilupai.Samada akan berakhir atau terus bergantung tanpa titik akhir.Jemu untuk berurusan dengan masa,jika benar terangkan kenapa hati aku masih begini?Ditomahi dengan tidak kepastian?

Aku sering mencuba,cubaan satu langkah untuk kehadapan,namun acap kali yang aku temui jalan yang menarik aku kembali ke belakang.Sekali lagi.Aku tidak putus asa atau mencari penderitaan?Dahulu berbeza dengan sekarang,nilainya begitu jurang.



Tuesday, March 17, 2009

Pahit

Kenyataan itu pahit,
Kebenaran itu pahit,
Mimpi itu pahit,
Igauan itu pahit,
Senyuman itu jua pahit......


Pada satu kedudukan yang usang,aku menatapi kenangan,bercampur pahit dan manis,ketetapan yang pasti,pahit yang aku alami.Bergembiralah hati ini.Pahit.Senyuman yang pahit dicurahkan apabila kebenaran sudah diketahui.

Dalam keceriaan di syurga ini,ada jasad yang penuh kelemahan,mereka ketawa,mereka gembira,mereka suka,mereka bahagia,jauh di satu sudut mereka sorokkan kedukaan.


Jauh.Dekat.Perbezaan namun wujud kesamaan.

Senyuman itu rahsia.

Ada pahit pasti ada manisnya.Perlu ada keserasian untuk melengkapi.

Senyum.Noktah abadi.

Thursday, March 12, 2009

Syurgaku disini....

Sibuk.Ungkapan yang kurang senang untuk didengari.Acapkali digunakan sebagai interpretasikan keadaan.Aku berada dalam frenkuensinya.Mengisi dan terisi antara ruang yang bebas untuk ditatapi.Keadaan berubah.Ada yang menjadi taruhan.Ada masa dipadang,ada masa di pentas,ada masa bersama keluarga.Komitmen untuk semua,agar gembira dan leka bahagia.

Keadaan berubah.Kebelakangan ini tidak seperti pengalaman lalu.Ada disini yang membahagiakan ada juga yang mengecewakan.Rakan ketawa kerana gembira.Aku tertawa kerana luka.Jahil ilmu bukan kerana buta,buta bukan bererti derhaka,senyap juga bercakap beribu bahasa.

Saban hari ada yang datang,ada yang pergi.Pergi tidak bererti tidak kembali,datang juga tidak bererti abadi.

Terima kasih untuk syurga ini.Syukur atas restu Ilahi.




Monday, January 5, 2009

Sekulit nota,selimpah rasa,setahun cerita

Berlalu pergi tahun kesulitan,bersulam duka berselit suka,bercerita mimpi indah seketika,bertandang ngeri sapa-menyapa.Seawalnya bermula dengan berita,ingatkan bahagia bakal mengisi kata,natijahnya ada berlenang air mata.

Kehidupan satu perjalanan untuk ditempuhi sekalian manusia,bagai lukisan mulanya tiada berwajah
mula terisi dengan warna penceritaan.Lukisan membawa seribu perngertian,begitu jua maksud kehidupan.Daripada setenang air ikan berenang,sekejam jerung mengocak gelombang bisa diertikan perihal suasana alam kehidupan.Aku pelayar,pelayar bahtera kehidupan mengemudi gelombang,ada arus bertentangan,ada arus seiringan,ada arus yang ditentukan.Layarnya mohon restu Tuhan.

Aku berasingan dalam kekalutan,berada dalam fantasi khayalan diri menyimpang satu personaliti.Mulanya bukan begini,bila terdesak hukum karma menjengah diri.Redha pasrah menjalani.Pengalah bukan jatidiri,menyerah bukan identiti.

Ada tangan cuba mengenggam menyuntik rasa bahagia,terlepas bila wujud sengketa.Ada wajah berlakar derita,aku hulur ringankan rasa.Dalami dalam rasa dunia,biar bukan sebahagia syurga,kerana yang Esa pemberi nikmatnya.

Daripada semewah harta bukan bekalan selamanya,runtuh merebah itulah kesannya.Sehebat kata mungkiri segalanya,dirundung penyesalan datang balasannya,Tuhan itu Esa sifatNya.Bukan sengaja didatangi,agar manusia kita pelajari,bila tiada lagi nyawa dibumi,sudah cukup bekalan diri.

Syukur aku tiada terperi,nikmat masih diberi,cita-cita aku masih berdiri,langkah berlangkah aku tempuhi.Cantumkan tangan kiri dan kanan,junjungkan ke langit,kapitkan mata,kumitkan bibir,wahai Maha Pemberi,tiupkan ketenangan,isikan hidayah setiap penjuru hati....