Sunday, August 30, 2009

Kotak

Berdimensi ruang yang sepi habuk serta jaringan sarang sang lelabah mengisi sudut, mengadu dalam retakan sang jiwa bergelora atas tindihan rayuan pemuja. Kotak terisi tidak bererti tiada lagi yang akan ditangisi, kotak yang sepi tidak bererti asyik menyendiri, dia ada dunia yang berpaksikan ceria kerana dia wujud di dunianya. Kotak mati bila pita diselang seli, kerna tertutup ruang cahaya untuk dia menilai. Kecima dia bila ruang kelam bertemu rasa. Kotak aku tahu kau gundah, aku tahu kau merana, aku tahu kau tak percaya kerna rasa diberikan pada kau hanya harapan, lalu kau memujuk diri mu sendiri. Kerna siapa yang hancurkan itu tidak hadir membuka simpulan yang disimpulkan. Parah. Kau tidak mengalah, bangun terus berdiri untuk dimusnahkan, tidakkah kau begitu naif? Bila akan terbang senggara dalam dirimu, adakah kerana kau sekadar tidak dilihat kau senang disekat? Bodoh. Kenapa tak dicarik-carikkan supaya kau terkubur untuk melaksanakan hasrat yang kau larikan dahulu? Aku persoal kerana kau buntu, buta, derita, cara kau berbeza untuk melihat ada yang suka, senang melihat ada yang bergembira. Tetapi kau tetap sekadar berhabuk usang di satu sudut pendarahan emosi. Kau sangsi. Kau belum pasti. Kau pasti mati. Jikalau mati aku penuh bererti dari mati menyembah bumi hilang sebarang janji. Aku ada bakti. Kotak tidak terusung pergi berani mencuba lagi kerana kisah dia bukan lagi misteri. Kotak masih di situ menari-nari.

The Tree


Ehsan http://15malaysia.com/films/


Aku sangat tertarik dengan klip filem pendek hasil karya arahan Amir Muhammad,ceritanya ringkas sekadar sesi soal jawap bersama Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat menbacakan hadith Nabi S.A.W. Dalam karya ini,aku melihat ruang pengisian apa yang disampaikan,mengetepikan soal-soal teknikal pencahayaan mahupun sinemografi. Apa yang disampaikan begitu mendalam mengenai ibadah dalam konteks lain selain ibadat wajib dan sunat, aku masih teringat kata-kata ustaz ataupun ustazah yang pernah menyampaikan ceramah, jika nak pahala cukup senang, tengok langit, kaabah, laut dan hasil ciptaan Allah pun boleh dapat pahala, niat nak buat baik pun ada ganjarannya.Intipati The Tree tidak jauh bezannya,sesuatu yang mudah tidak akan terlepas pandang di mata Allah sekiranya kebaikan yang hendak diamalkan pasti ada ganjaran menanti kita.

Selain The Tree terdapat beberapa karya filem pendek di http://15malaysia.com/films/ kalian boleh akses terus dan menonton sebahagian klip-klip yang telah di terbitkan.
15MALAYSIA dilihat menampilkan sedikit sebanyak apa yang sedang berlaku di sekeliling masyarakat kita, melalui kaedah ini ia berkesan untuk membuka mata kita menyedari keadaan sosio-politik masyarakat Malaysia, kita tidak hidup bersendirian, apabila wujud masyarakat maka wujud perbezaan, apa yang menjadikan kita mampu hidup bermasyarakat apabila kita turut meletakkan kaki kita dalam keadaan kehidupan masyarakat lain. Hanya sebahagian yang masih di belenggu perbezaan dalam status yang ada . Kesemua filem pendeak yang diterbitkan akan boleh ditonton mengikut jadual tayangannya. Apa yang dinantikan ialah penampilan khas saudara KJ dalam filem pendek Meter yang akan ditayangkan pada 9 September 2009. Akhir kata buat teman-teman semoga mendapat manfaat bersama serta sekalung syabas buat 15MALAYSIA....