Friday, April 25, 2008

Antara Watak-watak yang Wujud

Aku berhadapan dengan hari yang sangat meletihkan,tanpa henti jadual yang aku ikuti.Dari utara ke selatan hingga ke wilayah tengah,sekitarnya lebih di sini,daerah yang didiami anak pesara kerajaan ini.Atas desakan rakan-rakan seperjuangan aku menerima tawaran yang menjanjikan pengalaman baru yang mengujakan dan pulangan modal wang ringgit yang berbaloi,aku setuju dalam memberontak.Tidur yang terganggu dan keletihan yang masih menebal tidak mematahkan semangat kami.Watak baru muncul dalam hidup aku,ada dua tapi berbeza peribadi.Dalam misi kami,kami perlu membina komputer peribadi untuk seorang kenalan,motif utama mencari hardware pada harga berbaloi agar masih berpeluang untuk menghabiskan baki wang untuk kami bergembira.

Pencarian kami berjaya,pada harga yang memuaskan kami menerus tugas kami walau terpaksa berulang-alik memeriksa harga peralatan komputer di kedai yang berbeza.Di sini seorang si watak baru memulakan peranan,tidak sombong bila aku bertanya dan menyuarakan pendapat,walaupun muka keanak-anakan tapi dia sudah patut memperoleh anak.Aku kenal dengan nama Ajis,pakar membina dan memasang komputer ,kerajinan dan kecekapannya aku puji.Layak berkawan dengan Bill Gates tidak dengan wanita eropah.

Perjalanan hari itu sangat panjang,hingga ke malam hari,kemudian ada ketika hadir watak bangsat yang aku kagumi.Penghuni rumah sewa berjiran cina.Kehadiran dia seolah mengundang bencana,hati aku bagai merusuh,jikalau ada FRU pasti water cannon menerjah.

Si Bangsat:Korang buat berapa semua ni.

Si Pengaturcaraan:Dekat seribu tiga gak la.

Si Bangsat: Mahalnyer,adik aku buat tak sampai seribu.Monitor berapa?

Si Pengaturcara:230

Si Bangsat:Mahalnya brand apa ni,samsung.Samsung cepat rosak doh.Ni speaker apa ni?Spectra brand apa ni,tak pernah dengar pun.

Si Pengaturcara:Sonic Gear Spectra.Tu model spectra.

Si Bangsata:Owh(terdiam)Graphic Card series berapa?

Si Pengaturcara:7 je.

Si Bangsat:Tak leh lawan adik aku la,dia 9 series.Uh..(Berlalu pergi)

Ada seberapa lagi dialog antara mereka,tak dapat aku tayangkan,aku hanya pemerhati dan mendengar setiap kata yang keluar dari mulut bangsat ini.Setiap kelakuan pasti menjengkelkan,dia membuat aku mengeletar seluruh tubuh untuk melayangkan kaki tepat ke arah mukannya.Dia hanya memperlekehkan setiap sudut komputer yang sedang dibina.Perilakunya kami bincangkan seketika,aku menjadi hairan bagaimana makhluk sebegini wujud dikala namanya pun aku tidak kenal.Sedangkan kebiadapan dia melampaui batas norma-norma hidup masyarakat.

Sentuhan percakapanya membuatkan aku tertanya-tanya.Wujud perasaan sangsi,dirinya baru beberapa minit kenal telah membuatkan aku tidak mahu kenal lebih dalam,tanggapan aku berubah negatif padanya.Seseorang yang memandang rendah ke atas seseorang yang lain tidak layak menerima penghargaan.Moralnya aku dapat dari mengenali dia,usah ditanya apa,kalian pasti dapat jawapannya.



Monday, April 21, 2008

Antiklimaks

Boleh,bagus juga idea tu,ada rezeki ok la.

Teruja.

Teruja.

Teruja.

Teruja.

Teruja.

Harapan cerah.

Teruja.

Teruja.

Teruja.

Teruja

Tak jadi,sabar dan tunggu lagi.

Again?!

What the f**k?!

Sunday, April 20, 2008

Dari Laluan Hidupku Minggu Yang Bersekang Tekanan

Minggu yang agak dalam ketegangan,permainan emosi yang kental,paluan tekanan yang bertalu-talu,hadapi dengan tenang mulai bergerak memikirkan jalan keluar yang mustahil,terasa bagai terkurung di satu penjuru,tiada pilihan.Asas permulaan yang begitu rapi dan teliti kecundang di pengakhiran.Bicara-bicara kenalan rapat bersentuh satu sentimen memburukkan aku dari mulut seseorang,yang pasti aku menghadapi dengan matang tidak melatah,keburukkan biar dicanang,ketidakpuasan hati terus lantangkan tapi harus diingat bukan dibelakang hadapi biar berdepan,aku cuba mendekati kembali tidak ada peribadi untuk mengerti tanda menyalahi terus menguasai,aku mengalah biar lega si hati.

Ketenangan datang mengunjung seketika,syukur Kau masih ada,rasa sekejap selesa tetap ada,tidak selalu bersekang derita.Berhujah panjang berjela pun tidak akan menyelesaikan segalanya,aku senyum ada ketika,cuba motivasikan diri,tatkala rasa makin dijauhi.Nyalaan rokok persis setiap waktu,mula menemani bila rasa sunyi,sahabat paling sejati.


Zahirnya bisa melemparkan senyuman,batinnya tiada dimengerti,mungkin pandangan typical sang anak muda,cuma bila keadaan berhadapan dengan semua ini,kembali kepada kongkongan dalam pemikiran sempit,bayangkan kamu berhadapan tembok yang luas,mana harus dituju.Terima kasih sahabat ada jenaka untuk aku lahirkan biar kalian ketawa menghilangkan duka,biar seketika harap kalian tetap gembira.Dari laluan yang penuh ranjau,tak perlu untuk meminta simpati,minta di mengerti?tidak diharapkan,berbalik pada tunjang kebenaran pemahaman manusia biasa,jangan harapkan masalah kita difahami,orang ada untuk kita berkongsi,sekadar meluah untuk membebaskan diri,akhirnya kembali tetap pada asal yang memikul adalah diri sendiri.


Langkah akan selalu terhenti,tatkala sedang berahi menjalani kehidupan ini,alangkah gembira setiap kala boleh ketawa dan melangkah.Lukisan tetap berwarna warni tangisan tetap menjadi penyeri.Sekali sekala pasti berlaku,tanda kekuatan dalam kelemahan di situ pengisiannya terjadi.Mungkin terlalu dalam kalam aku tampilkan,keterasingan masing terasa.


Dalam seminggu yang penuh dengan penekanan aku tak terdesak menoleh ke belakang,biar ada tentangan,senyuman aku lemparkan.Seminggu yang begitu tegang,aku masih belum tenang,sabar aku masih beraja.Keluarga masih ada,biarpun terbit darinya,dan juga kisah silam serta keadaan sekarang aku,juga menyumbang kepada tekanan ini.Hidup,aku masih
harus dilayari....

Panadol active fast 2 biji,rokok pall mall hijau 14,terima kasih.

Monday, April 14, 2008

Dari Satu Sudut Lain#2

Menilai kepada satu yang belum diketahui lebih terperinci,bertitik tolak pada zahir serta terpengaruh pada penilaian manusia lain,seringkali menjadi sebahagian naluri masyarakat di kalangan kita.Tidak dinafikan hal ini,kerana aku juga sering menghadapinya.Aku biasa berhadapan dengan hal-hal sebegini,ada yang terlalu peribadi untuk diketengahkan namun sedikit sebanyak kita berkongsi bersama.

Kadang kala lagak aku seperti orang kebanyakan,merayap memerhati seloka dunia,tak kira tempat dan ketika bila merasakan pengisian didalami pada setiap sudut,aku akan menerjah ke luar,aku selesa berselipar,berseluar jeans,berkemeja biasa,kadang-kadang rambut pun tak berminyak.Aku memerhati penerimaan masyarakat bila aku sebegitu,wajah serong mereka tidak lari memandang,aku lihat dari anak mata mereka telah menilai anak muda kelahiran Kedah ini.Ada yang berbisik ada yang tidak memberi perhatian,aku membaca wajah-wajah mereka,tidak meletakkan penilaian liar,berhati-hati menilai kerana aku tak pernah berbicara dengan mereka,jadi apa hak aku untuk menghukum mereka.

Situasi yang berbeza bila aku berpakaian koporat,berkemeja dan bertali leher serta kilauan kasut buatan Italy menaiki kenderaan mewah(pinjam).Tiada maksud tertentu ingin aku tonjolkan,namun situasi ini sangat berbeza,anak-anak gadis tidak terlepas melambai tangan serta tersenyum mengharapkan nombor telefon anda,itu yang berlaku pada aku.

Tapi pada batinnya aku tetap orang yang sama,masih pemegang mykad dan lesen memandu B2 dan D.Ini hanya berkisar secebis dari pengalaman aku,mungkin biasa berlaku pada kalian.Skrip bualan ringkas penyelia aku ketika aku pernah berkerja sambilan dulu masih aku ingat,

"You,jangan ingat yang mana pakai smart-smart ada duit,I pernah deal sama orang yang pakai singlet dan seluar pendek saja tau,dia orang lagi sanggup keluar duit dari yang pakai smart"

Letaklah penilaian berlandaskan pengalaman kalian mengalami sesuatu,bukan fahaman cetek yang terkurung oleh faktor-faktor liar manusia lain yang mengambil jalan mudah hanya mereka mencipta satu penilaian berdasar satu pandangan.



Monday, April 7, 2008

Pencarian Yang Tertunda

Kalamkan aku sebaris puisi,
Sulamkan madah penyair,

Agar dapat mengukir rasa,

Mempamer alunan jiwa,


Lukiskan aku warna emosi,
Agar tidak tersempit bila mencari,
Canangkan aku sebuah karya,
Dapat aku renangi dunia,
Tidak tersisih di mata mereka,

Bantui aku lepasi sempadan duka,
Agar berlabuh di lautan suka,
Jauhi aku tembok neraka,
Agar tidak aku tergolong dari ahlinya,

Taksirkan aku makna cinta,
Agar aku tidak silap mengertinya,
Datangkan aku sepancar cahaya,
Agar tidak sesat dalam terang yang ada,

Keinginan aku masih kehampaan,
Terbelenggu pena yang masih kaku,
Terhimpit lidah yang masih kelu,
Dihutangi dengan pengisian,
Digelapi dosa kesilapan,
Dinodai nafsu kemanusiaan,
Terikat dengan kekaburan,
Dihujani dengan penipuan,
Dilimpahi seribu persoalan,
Begitu sukar untuk dipamerkan,
Bila sekeliling sering berpaling,
Pada siapa harus ditunding....



Tuesday, April 1, 2008

....dan aku didatangi golongan-golongan ini

Nasi Lemak Panas Kampung Pandan bersebelahan Ampang Point,bersuasanakan malam,bermandikan lampu tepi jalan,serta bunyi rancak dari bangunan atas,studio guru tari terkenal Linda Jasmin,aku intai seberapa sempat yang mungkin teralih bila melihat lentok gemalai penari itu.Minuman yang dihidangkan kian habis,makanan aku lupakan sekejap,elaun tergantung.Atas desakan manusia bergelar kawan maka sampailah aku ke sini,tidak tahu menahu tujuan anak jawa ini,dipujuk-pujuk tak henti-henti kalau nak belanja makan tak apa juga.

Rokok bagi golongan pertengahan aku nyalakan,sambil asyik berbual berbicara soal-soal yang agak membosankan aku,menikmati "keenakan" rokok berkotak hijau ini.Tidak seberapa kemudian aku didatangi satu golongan manusia tersenyum-senyum memperkenalkan diri,kenalan pada sahabat jawa aku tadi.Mesra dan ramah namun aku mula dapat menghidu niat mereka apabila terdapat fail hitam seperti organizer dicelah ketiak mereka.Oh,tidak!

Kehadiran mereka merupakam konflik utama dalam drama hidup aku pada malam itu,kata-kata manis mula ditabur,kertas yang suci diconteng menerangkan segalanya,aku mula rimas,Linda Jasmin pun dah pulang,tiada tempat nak aku larikan pandangan.Kaki aku terhentak beberapa kali,bergoyang-goyang tanda protes,baris kata aku dari mulut hanya mudah."Oh","Iye"...

Keadaan makin malam,gerai nasi lemak itu pun mula hendak dilabuhkan tirainya.Perjuangan golongan-golongan ini mereka teruskan,hingga pada tahap yang aku semakin gusar,biarpun aku baru nyalakan rokok sudah terniat nak nyalakan satu lagi begitu kroniknya malam itu.Klimaksnya....

"Sebulan dua atau tiga bulan kau boleh dapat pendapatan 5 angka!"

Damn!