Sunday, September 21, 2008

Pemergian.....Al Fatihah

Kesibukkan tidak lekang membelenggu aku dalam persekitran yang kelihatan normal mengisi putaran waktu berlegar membentuk kehidupan yang semakin perit dan pelik.Seberapa minggu lepas,aku kerap kali menerima SMS mengajak ke Negeri Sembilan menziarahi Tok Su,panggilan rapat bagi nenek sedara aku yang bongsu dalam keluarga nenek aku.Aku terkejut apabila menerima makluman beliau kini terlantar dan menjalani pembedahan,beliau yang aku kenal aktif dan jarang sakit,malah beliau tidak pernah jemu melayan kami cucu-cucunya biarpun berpangkat cucu sedara layanan setara diberikan seperti cucu beliau sendiri.Aku tidak mengerti pertalian antara nenek dan cucu,bila aku celik melihat bumi tiada yang tinggal,Tok pergi sebelum aku sempat memanggilnya "Tok".Namun Tok Su aku anggap penganti kerana keramahannya dan layanan yang sempurna biar acapkali ditegur atas kelakuan aku dan adik beradik aku yang lain.

"Kerja sampai bila pun tak akan habis,sementara orang yang ada ini,kita jenguk la dulu"

SMS yang aku terima dari kakak aku setelah aku agak keberatan untuk meninggalkan persekitaran Pulau Pinang menuju ke Negeri Sembilan menziarah Tok Su yang di unit rawatan rapi.Mendalam erti pesanan itu,aku tidak terdaya memenuhi setiap kehendak yang ada.

Semalam,program menziarahi orang-orang tua yang tiada waris membuka mata aku,apakah nasib mereka bakal berlaku di pada aku mahupun keluarga aku?ada yang dibuang keluarga ada yang menderita tidak kurang membawa diri menyimpan derita.Aku sedih atas keuzuran yang dialami mereka dalam suasana yang begitu kekurangan fizikalnya.Kami hanya berkongsi cerita dan mendalami persekitaran indah tepian pantai Kampung Paya,Kota Kuala Mudah.

Agenda diteruskan apabila dijemput menghayati memorial peristiwa Tsunami di kawasan yang terjejas teruk pada 4 tahun lalu,secara tiba-tiba aku menerima panggilan dari kakak aku yang agak bersuara penat,mungkin akibat dia sering berulang-alik memandu dari Kuala Lumpur ke sini.Dalam samar serta talian yang terputus-putus aku tidak dapat menerima berita yang disampaikan sepenuhnya.Talian diberikan kepada mak,mak menyatakan mereka dalam perjalanan ke Negeri Sembilan,Tok Su telah pergi menemui Ilahi.Aku kaget.Selepas talian diputuskan aku agak sebak,kerana beliau lah bagi aku nenek yang aku ada.Aku segera hadiahkan kalungan Al-Fatihah buat beliau.Dalam keadaan yang agak kecewa dan terkilan,aku tak dapat melihat wajah beliau buat kali terakhir,ketika beliau masih bernyawa dan terlantar aku disini berpusing dengan waktu kesibukan dunia,bila beliau sudah tiada buat selamanya,aku juga tidak terdaya untuk menatap wajah Tok Su buat kali terakhirnya.

Berat untuk menitiskan air mata,bila mengenangkan budi bicara Tok Su yang begitu baik pada aku.Antara cucu-cucu sedara yang ada,aku bagai menyerlah dimatanya.Pemergiannya buat selamanya.Aku disini hanya menerus hidup.

Maafkan Amie Tok Su,ada janji Amie yang tidak dapat di penuhi pada Tok Su.Terima kasih atas kasih sayang yang ada.

AL-FATIHAH
HAJJAH SITI HAWA
(TOKSU)

Friday, September 5, 2008

Nilai Sebuah Penghargaan

Terima kasih.Ungkapan yang memberi seribu makna bagi yang menerima,ada kalanya menjadi kayu pengukur penghargaan yang digambarkan melalui lisan.Sejauh mana penghargaan ini menjadi nilai kepada kita semua,aku biasa tak dihargai,rasa sulit itu memang menebal,seperti tiada nilainya pergorbanan yang aku lemparkan,senyuman dalam kesengsaraan aku lemparkan menipu melalui senyuman menutup keresahan pihak dihadapkan agar tidak terusik hati.

Kita adakala lupa,pemberian yang ada selalunya berlatarkan satu erti pengorbanan,kepahitan dan bukan mudah apa yang kita lakukan untuk kegembiraan pihak lain.Adakah pergorbanan itu terisi dengan penghargaan?Bertanya pada minda yang memerhati keadaan ini,jawapan berbeza untuk dihujahkan.Aku mengambil langkah untuk mempertengahkan keadaan ini,perjalanan dan orientasi sesetengah individu bakal mempengaruhi mata fikir nilai pergorbanan.

Aku mampu untuk berterima kasih pada sesiapa tidak kira ada nilai pergorbanan atau tidak biarpun pergorbanan itu lahir dari aku sendiri,agar mereka rasa dihargai itu matlamatnya,alangkah indahnya jika kita membahagiakan hari seseorang serta berakhirnya hari itu atas sumbangan kita penceria suasana.Kita tidak mengharap,namun realiti nilai kemanusiaan harus ada.Tiada sempurna selagi bernama manusia,tiada pakaian sesuai selain pelupa pada kita.Bahagiakan mereka yang menghargai kita,nilai penghargaan tiada harganya,lembutkan lidah berterima kasih pada yang wajar.

Dedikasi entri buat:
abah dan mak dan keluarga serta
teman-teman

-penakarat-