Sunday, August 30, 2009

Kotak

Berdimensi ruang yang sepi habuk serta jaringan sarang sang lelabah mengisi sudut, mengadu dalam retakan sang jiwa bergelora atas tindihan rayuan pemuja. Kotak terisi tidak bererti tiada lagi yang akan ditangisi, kotak yang sepi tidak bererti asyik menyendiri, dia ada dunia yang berpaksikan ceria kerana dia wujud di dunianya. Kotak mati bila pita diselang seli, kerna tertutup ruang cahaya untuk dia menilai. Kecima dia bila ruang kelam bertemu rasa. Kotak aku tahu kau gundah, aku tahu kau merana, aku tahu kau tak percaya kerna rasa diberikan pada kau hanya harapan, lalu kau memujuk diri mu sendiri. Kerna siapa yang hancurkan itu tidak hadir membuka simpulan yang disimpulkan. Parah. Kau tidak mengalah, bangun terus berdiri untuk dimusnahkan, tidakkah kau begitu naif? Bila akan terbang senggara dalam dirimu, adakah kerana kau sekadar tidak dilihat kau senang disekat? Bodoh. Kenapa tak dicarik-carikkan supaya kau terkubur untuk melaksanakan hasrat yang kau larikan dahulu? Aku persoal kerana kau buntu, buta, derita, cara kau berbeza untuk melihat ada yang suka, senang melihat ada yang bergembira. Tetapi kau tetap sekadar berhabuk usang di satu sudut pendarahan emosi. Kau sangsi. Kau belum pasti. Kau pasti mati. Jikalau mati aku penuh bererti dari mati menyembah bumi hilang sebarang janji. Aku ada bakti. Kotak tidak terusung pergi berani mencuba lagi kerana kisah dia bukan lagi misteri. Kotak masih di situ menari-nari.

No comments: