Sunday, November 23, 2008

Sistem Oh Sistem

Bermula dengan hari rabu,ceritanya tercoret kejadian satu demi satu aku terpaksa berurusan dengan badan-badan berkanun kerajaan,tiada impressi yang membanggakan,tempat letak kereta yang terhad,layanan separa mesra,nombor giliran yang panjang,saluran astro yang dibuka tapi dimatikan suara,orang memegang dokumen berkeliaran tak ketinggalan gerai kecil rojak buah yang menunggu santapan pelanggan setelah selesai berurusan.Mulanya dengan niat memperbaharui roadtax,insurans dan menuntut rebat tunai,santapan gula-gula pemerintah.Kunjungan hari pertama,senang meletak kereta,terhapus satu anggapan typical bila berurusan di pejabat pos.Aku rasa lapang nombor giliran tidak lama harus aku tunggu lima orang sahaja sebelum aku.

"Encik ada bawa polisi lama?Kalau tak ada kami boleh buat tapi kadar premium berubah encik kena bayar mahal".


Ah,bermula sudah satu halangan,telefon bimbit dicapai,aku menelefon Remy bukan nama sebenar,ahli perniagaan kecil-kecilan bermula dengan agensi insurans kini masih belum menjadi apa-apa,tapi aku yakin kesungguhan sahabat aku yang separa handsome ini.Soal insurans selesai,Remy memudahkan segalanya.


Sekembalinya aku kesokkan harinya,aku perlu tangkas,jumaat sudah mulai cuti aku berada di Kedah yang cutinya pada jumaat dan sabtu manakala permulaan minggunya pada hari ahad,Kedah tidak seperti negeri yang lain bukan atas dasar kerajaan baru yang diterajui tetapi sememangnya negeri-negeri tidak bersekutu di dalam Malaysia mempunyai sistem sebegitu.Adakalanya aku tertanya-tanya kenapa tidak diseragamkan untuk memudahkan urusan?Ini pernah berlaku dahulu di zaman Tun Mahathir,beliau menyeragamkan waktu standard seluruh Malaysia bagi memudahkan urusan Sabah dan Sarawak dengan semenanjung.Ada yang patut usulkan perkara ini bukan isu sampah yang patut di ketengahkan di dewan rakyat.


"Encik tak boleh la encik,kena rujuk JPJ."


Batu penghalang menjadi-jadi,aku mula mengeluh ada yang tidak kena pada urusan aku ini.Aku meneruskan perjalanan seharian itu,singgah di JPJ,aku serahkan geran dan atas rasa begitu yakin aku tersenyum seperti tiada apa-apa dan semuanya bakal berakhir.


"Encik,blacklist tak boleh renew."


Aduh,episod hitam,aku belum selesaikan saman had laju yang setahun usianya.Aku pulang bersahaja,ekspresi selamba dan tidak gentar pada orang tua aku.Aku faham telinga ini akan dibanjiri kuliah-kuliah yang padat.


Hari ini segalanya selesai,urusan bayaran saman dan urusan roadtax langsai dan gembira beraja di hati. Kini aku mahu tuntut rebat tunai yang dijanjikan, walaupun tak seberapa nilainya ada perjanjian yang perlukan aku tunaikan menggunakan wang itu.Tempat dituju pejabat pos,ya kali ini berbeza.Nombor giliran agak panjang.Aku keluar mencari udara Pall Mall Menthol,oh sahabatku yang jahanam.Bila sekembalinya aku,tinggal lima pelanggan lagi,sabar aku masih menebal.Tiba gilirannya aku mara kedepan menyerahkan borang tuntutan.


"Bila encik renew roadtax"


"Baru tadi"


"Tunggu tiga hari,nanti datang balik"


"Holy Shit"


Dari satu ke satu urusan perlu diselesaikan,aku hairan kenapa sistem yang diamalkan memakan masa untuk menembusi jaringan antara satu sama lain agensi-agensi yang terlibat.Aku makin tertanya-tanya ini mungkin perkara yang agak kecil aku hadapi,bagaimana pula jika urusan yang begitu serius pasti memakan lebih masa.Adakah aku yang bersalah sambil lewa atas segala ini atau memang warnanya sebegini.Negara yang bakal maju yang penuh dengan karenah birokrasi dan rendah intergriti aku tak tahu siapa yang perlu ditunding jari.Semakin lama meniti segalanya ada yang perlu disi dengan kekuatan.Kita bukan ke belakang malah mahu kedepan,nilaikanlah.....


"Bersama memantapkan kualiti penyampaian awam"


Slogan..........






1 comment:

Q said...

kakaka..sengal!!! weh! rebat lepas 3 ari renew baru dpt ler!!! weh ko tukar la kaler font ko dgn backgroun ko..berpinar mata aku bace..