Tuesday, November 25, 2008

Manifestasi Bayangan Sang Puteri

Mendalami suratan yang termaktub,aku dahagakan sesuatu,sesuatu pendamaian yang kekal untuk dimastautinkan dalam hati.Ringkas dalam satu kata mudah difahami iaitu bahagia.Pencarian berlandaskan keutuhan sang jiwa bila persoalan melonggarkan kefahaman kehendak sebenar.Dalam,tajam,diam,prinsip pemikir seperti aku yang berorientasikan silam,belum pasti ada jawapan.Bila ada yang memulakan,keagungan keterujaan mula menjadi perhatian.Bisik si hati tanya pada yang memberi.Halusi segalanya,secara terperinci untuk pasti.Ada yang pahit ada yang manis.Tidak ditelan,tidak diluah.Berada pada paras kekusutan.

Ada jawapan yang aku nantikan,wahai puteri jelmakan diri agar aku kembali berpaksi pada putaran dunia ini.Aku asing dalam keadaan riuh yang memecah sunyi diselitkan persoalan rumit yang diberi.Jika aku lupa dan bermimpi kejutkan aku untuk aku sedar kembali.Tuhan,aku pohon asingkan kelemahan untuk lekas aku bangun mengejar kekuatan.Aku capik dalam melangkah,aku sakit dalam bermadah,aku bisu dalam berhujah,aku pekak dalam berusrah.


Wahai hati-hati yang binggung,perjuangkan kemahuanmu,wahai puteri-puteri yang bersenandung,kacipkan bibirmu hulurkan hatimu.Masa akan berlalu,usia bakal berutus lalu.Angin jua takan seperti dulu.Cukuplah wahai puteri,aku menanti tonjolkanlah diri.

-penakarat-
Kedah
2008

4 comments:

GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr said...

bait-bait yg sungguh puitis, sukar utk dimengerti apa yg tersirat dlm tersurat....

Cik Naa. said...

ehh.eh.ajar saye lahh.nk jd mcm a. samad said ni (:

penakarat said...

interpretasi hati..

Cik Naa. said...

ohhh =)