Saturday, July 5, 2008

Sejauh Mana

Kekangan masa kembali meraja,bibit-bibit kelekaan tidaklagi menjadi permainan,aturan hidup berbeza dari pandangan biasa,kini aku melangkah sebagai diri yang berbeza.Imbas kembali detik 18 Jun yang lalu,satu nafas kesyukuran menerima kehadiran berita gembira,harus aku kalamkan lebih awal namun masa dan ruang terhad untuk tangan memancu papan kekunci komputer usang ini.Syukur kepada Pencipta,gelaran berubah sekelip mata dengan berkat doa dan usaha yang penting ibubapa mulanya,rakan-rakan,anda turut serta dalam kebahagiaan ini.Aku mendapat tempat dalam ruang-ruang yang terhad untuk bergelar penuntut universiti.

Dalam pintasan dan lintasan yang berserubungkan kekalutan,terbit perasaan yang tertanya-tanya,persaingan wujud dalam keindahan ini.Persoalan yang timbul rentetan pengalaman lepas,menoleh untuk mengambil ikhtibar,apa yang mendatang perlu dirempuh biar beribu dugaan.Sepanjang minggu perkenalan rumit dengan agenda dan protokol.Menariknya disini,wajah-wajah pelbagai watak aku temui.Expected the unexpected.Peraturan penting bila kalian mulai bergaul dengan dengan peribadi berbeza yang tidak pernah ditemui.


Namun itu bukan pokoknya,urusannya bila aku mula melangkah,sejauh mana bakal aku mengusung impian dengan dibayangi perkara-perkara lepas.Aku tidak mahu statik dan pasif dalam persaingan yang begitu aktif.Itu soal yang harus didalami sebaik mungkin.Mungkin diri aku dan juga kalian,persaingan ada dimana-mana,cuma keadaan mentaksir bentuk persaingan itu.

Minda harus diisi dengan unsur keterbukaan namun tetap ada batasnya.Akar yang kuat harus dikuatkan,ranting yang rapuh harus diperkasakan.Semua bertimbal balik dengan kerohanian.Dimana datangnya dahan yang kuat dan ranting yang subur,di situ bermulanya akar yang kuat.


No comments: