Saturday, July 26, 2008

Kehadiran

Seketika aku mengambil peluang mencuri masa dalam keadaan kritikal yang semakin bertamu dalam kehidupan aku,kalam lama aku tinggalkan atas mengisi ruang yang penuh dengan kekejaran ke sana-sini.Merenung keadaan aku dalam tingkah,dua ke tiga bulan lepas tercoret perbezaan yang aku rasakan.Ada yang bersuara,menegakkan kebenaran,aku hormati atas dasar kalian yang melihat aku pada lampau,hanya yang jelas aku yang kini adalah asing seperti aku yang lepas.Pemerhati hanya memerhati dalam memberi kesimpulan melulu,insan yang mengalami lebih dekat mengenali dirinya sendiri.Aku hormati pendirian kalian.Pendekatan jauh lebih baik,kaki lebih luas melangkah,lidah lebih petah menilai gambaran hujah songsang.

Keadaan keliling berbeza,suasana yang lebih segar dan nilai-nilai yang aku cari selama ini menjadi sandaran pada impian yang ditanam sejak melangkah meninggalkan kenangan lepas.Hadir perasaan yang begitu dramatik,terasa bagai dalam dunia sendiri buat seketika,rumusannya tidak seindah perasaan yang menghuni di sudut hati.Persoalan yang menjadi bahan untuk diketengahkan ialah aspek peranan setiap insan yang mula hadir membanjiri di hadapan aku.Ada memulakan langkah baik,namun aku perlu berhati-hati.Membiasakan diri dengan kewajiban lebih menjadi fokus utama daripada menguji keperibadiaan sesorang dengan lebih mendalam.Cara terbaik,aku menjadi pendengar yang setia.Menyebelahi mana-mana pihak adalah kekangan jika kalian masih terumbang-ambing untuk mengeluarkan hujah-hujah dan fakta yang kuat.Biasakan untuk bersifat neutral agar kekecualian menjadi benteng sekiranya sekeliling kalian melatah dengan memberi penilaian bersifat tomahan pada kalian.

Kehadiran unsur-unsur yang boleh di kategori baru pada aku,mulai mewarnai hidup aku,namun terdapat kehadiran yang turut bermakna.Detik kelahiran putera sulung pasangan Natrah dan Abdul Rahman pada tanggal 26 Julai 2008,dapat aku gambarkan keceriaan mereka daripada naluri kemanusiaan yang ada pada aku.Kesyukuran terbit untuk dikalungkan pada Pencipta,tahniah buat sekeluarga yang ada.Rakan-rakan dan segalanya yang turut berdoa untuk kakakanda tercinta jutaan penghargaan aku taburkan.Ada makna dalam setiap kejadian,ada suratan dalam penciptaan,ada yang tersembunyi di setiap kehadiran.

No comments: