Monday, March 10, 2008

Terjemahan Satu Suara

Lama tidak menulis,janggal untuk melontar kata-kata buat kalian,salam kembali ke arena blog yang kini kian luas aspek penularannya.Sebagai salah seorang yang menterjemahkan suara di satu pentas penulisan maya atau lebih di kenali dengan nama blog,arena yang begitu luas untuk menterjemahkan hasrat,tindakan atau pendapat.Kini aspek blog kian ditaksirkan sebagai media penting berbentuk alternatif untuk menyampaikan maklumat seiring dengan kehidupan kini yang begitu laju dan pantas dalam dunia pembangunan teknologi maklumat.Masakan tidak,dahulunya kita perlu menghabiskan seringgit atau lebih pada jumlahnya untuk membeli media-media percetakkan yang berada di pasaran,namun kini ia telah mengubah trend yang agak typical itu dengan merujuk akhbar maya dan blog-blog karya para ilmuan.

Ini telah menterjemahkan satu saluran baru yang lebih sensitif dan peka terhadap penekanan isu-isu semasa mahupun global.Tidak terkhusus terhadap satu-satu aspek malah meluas menumpukan kepelbagaian aspek seperti kesihatan,fesyen,falsafah,politik dan sebagainya.Dari sudut berlainan mendidik masyarakat untuk membentuk cara atau gaya hidup yang lebih baik serta berilmu kaya dengan pengetahuan.Adalah satu kerugian bagi mereka yang masih terpisah jauh dari perhubungan atas talian ini dan menjurangkan tembok pengetahuan yang begitu luas gaya pemikirannya.

Tidak ketinggalan kelebihan ini menjadi medium dan platform para penulis untuk mengeksploitasikan perkara-perkara yang berunsur negatif bertujuan menjatuhkan,menabur fitnah serta mencaci pihak-pihak tertentu.Dalam konteks ini,para pembaca mempunyai ideologi tersendiri untuk menerima atau tidak sebarang penulisan berbentuk sebegitu.Lantas ini juga akan mempengaruhi aspek budaya pemikiran sesetengah individu yang secara logik akan membidas pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab ini melalui medium yang lebih konservatif.Impaknya para penulis maya diberi gambaran buruk,namun ini hanya berlaku kepada segelintir pihak sahaja yang secara umum tidak mampu menerima gambaran jelas budaya baru ini.

Pokoknya penerimaan bentuk media sebegini harus ditekankan kepada semua golongan kerana ini sejajar dengan trend dan wajah baru dunia dalam mengembara kemajuan.Harus diingat ia juga bukan sekadar platform mudah bertujuan negatif,tujuannya harus bernadikan tanggungjawab untuk melakar kebenaran.Pada bloggers sekalian,pengisian penulisan wajah pendirian menterjemahkan suara kita pada umum.

No comments: