Friday, March 14, 2008

Tahun Gemilang

Kembali sejenak aku ke zaman tahun 2003,tahun yang sangat gemilang dalam hidup aku,permasalahan ketika itu terhad,tiada gegala sosial yang liar dalam hidup aku,tenang dan aman pada permulaan tahun.Hambar tentang kisah perkenalan dengan gadis-gadis senior,rapat untuk seketika,bosan.Aku teruskan perjuangan sebagai calon SPM,subjek-subjek yang aku amik ada yang merosot,tak heran pun ambil aliran sains bukan satu yang mudah,namun ada yang meningkat,syukur aku belum lagi loser.

Aktiviti kelas dan sekolah aku kian aktif,hingga terlupa tanggungjawab sebagai anak,seringkali lupa membeli gula tika dipesan ibu,sering dimarahi tenaga pengajar sekolah memandu kerna tidak menghabiskan 8 jam latihan motor,permulaannya dari acara debat hinggalah ke forum semua aku masuk,pantun sekali pun tidak ketinggalan,nama aku sering disebut-sebut guru dispilin,calon yang patut jadi ketua pengawas walaupun aku berjawatan ketua kelas,sering kali menggunakan bilik komputer dan bilik seni untuk mengelak dijejaki guru kelas.

Hingga pada satu ketika,kemuncaknya aku bersama rakan-rakan yang lain menubuhkan kumpulan drama,kami dipanggil untuk acara-acara rasmi sekolah,lakonan kami dipertikaikan,bakat kami patut di ketengahkan,ramai menggilai kami,kami makin tersohor serata sekolah,undangan demi undangan,hingga ke pertandingan kami merangkul johan negeri,kami mewakili negeri ke peringkat negara,pasukan kami menjadi-jadi.

Semua berlaku dengan pantas,kami merantau ketika itu,mengembangkan bakat kami,ada tawaran yang bukan-bukan,kami tolak,tidak munasabah untuk kami mementaskan drama di sekolah Tamil dengan bahasa ibundanya.Kami berenam kian tersohor,turut menumpang populariti kami krew-krew pentas,mereka turut di dampingi gadis belasan tahun,makan di hotel,semua atas populariti kami.

Tahun yang amat gemilang bagi aku dan rakan,nama-nama ini makin tersemat bila mengimbau selangkah ke tahun 2003,Aziz,Din Timah,Mat Pek,Naim,Pijoy dan Fahmi(aku).Masing-masing telah keluar ke arah haluan yang berbeza setelah tamat tingkatan lima,segelintir dari kami ada yang aktif berlakon pentas bila menyambung pelajaran,aku terikat dengan kekangan akta kolej yang menafikan bakat aku ketika di kolej,lagipun aku tidak dapat berkerjasama dengan mereka dalam soal ini.

Hampir lima tahun aku tinggalkan zaman kegemilangan itu,hidup sekarang kian berubah,makin dewasa dan matang,memahami akan erti kehidupan,bersuka ria ketika diperlukan,aktiviti luar terhad,komitmen pada hal-hal tertentu,kenalan maya lebih ramai dari yang nyata.Ternyata bila aku dan rakan-rakan lain berpacaran,naluri kami mengimbau kembali pada tahun 2003,di mana satu titik permulaan pada kegemilangan aku dan rakan-rakan yang lain.

SANGGAR TEATER WARISAN 2003
-pentas saksi bergema,alunan nada dan irama,lenggok pusaka warisan utama-

1 comment:

Amir S. said...

yeah teringat time tuh.kaw2 kena dgn ustaz wan arip janggut.itu baru akustik.kali ni bdak2 theater rilek plak bawak Hujan lagi pegi kolej.adoi.