Monday, January 28, 2008

Pijak

"The important rule, we must give a good impression....."
kata-kata ilmuan berkemeja

Aku berpegang pada kata-kata itu,kata seorang ilmuan berkemeja,kurang tampan,tali leher corak bunga dan kasut Piere Cardin ala lama,rambut?Aku tak mahu sentuh,takut ada yang mencari beliau untuk memberikan sikat,atau mungkin tumbukan padu di muka beliau,hodoh?Bukan perkataan sesuai,perlu dengan perbuatan yang lebih sesuai seperti meludah kepadanya.Perwatakan beliau bukan agenda segalanya,dia bijak berfalsafah,ilmunya membezakan antara aku dan dia,tiap butir kata bersifat pendidikan menjadi perangsang dan nadi mengerti makna sebenar kehidupan.Sifat beliau tidak menjengkelkan dari paras rupa beliau yang sebegitu,setidak-tidaknya beliau masih berbudi bahasa dan hormat pada orang tidak kira muda atau tua.

Terdapat dua kisah bermain di fikiran aku tika aku melalui sogo,tempat unik segala warna penceritaan manusia,namun hati mereka belum setulus wajah mereka.Satu masa tika aku bersiar mencari keserasian dengan kota sesak ini,sengaja membelek-belek pakaian di ruang legar jualan murah.Sekadar membelek,tiada niat ditambah dengan kadar ekonomi aku yang meruncing,tidak terlintas untuk aku membeli.Datang seekor mamat bergelar Sale Assistant,maaf aku gunakan seekor mungkin sesuai dengan dia.Tidak sopan untuk memulakan bicara,tanpa aku memulakan pertanyaan pada binatang ini "Abang,saiz abang tak ada...(senyum seperti tak tahu mengeja perkataan sopan)"Kiranya aku berbadan besar,biarpun sebesar kereta kancil,perlukah dia bersuara bergitu?Aku hanya senyum,senyum pahit berisi dendam dan sumpah carutan bercampur bahasa Melayu dan Inggeris dihati.Aku beredar,bukan protes aku tak perlu layan binatang ini.

Di hari yang lain,aku kembali setelah sekian lama tidak berjumpa kenalan aku,aku janji untuk berjumpa,menikmati hidangan tengahari bersama di food court.Selesa menikmati bersama,bercerita kenangan ketika zaman pengajian,masing-masing mengimbau kembali.Sahabatku ditegur kenalan lama dia,seorang wanita,perlukah aku menceritakan perihal dia?Em,bukan calon yang baik untuk menjadi menantu kepada ibu bapa anda.Anda mungkin dihina kerana berdampingan dengan dia.Kenalan aku memperkenalkan dia kepada aku,"Ini kawan aku..."aku senyum kepada perempuan berseluar jeans lusuh ini,"Wah,besar kawan kau..."Aku terkecima dengan kebiadapan dia,cukup puitis.Tiada unsur humor disitu wahai perempuan,aku tak ketawa pun.

Memang fizikal ku seperti orang yang memakan beras sekampit sehari,namun aku masih waras untuk hormat apa sekali pun peribadi kamu,aku tak mulakan perkenalan dengan biadap sedikit pun biarpun wajah kamu seperti binatang.Jika aku dizinkan mereka ini tergolong antara manusia yang favourite list untuk aku pijak di muka selama 5 minit sebagai pengajaran,namun aku tetap manusia yang masih punyai akal,waras untuk tidak bertindak demikian.Renungkanlah kata-kata ilmuan berkemeja.


-penakarat-

1 comment:

Unknown said...

salam....
sy komen ni...
aw ni... manusia biasa la...
kadang2 mereka tidak menyedari ape yang mereka buat...so sabar je lah...kalau x tahan sangat cakap je la kat diorang 2...bior diorang rasa...suka2 je pandang rendah kat oarng...hahaha...k,
saya ni mmg garang cikit...:p