Monday, February 11, 2008

Jika Ada Pilihan

Dalam redup-redup cahaya petang,sinar matahari hampir lenyap,suasana kian gelap,aku hanya bertemankan panel papan kekunci yang makin setia menerima kehadiran jari jemari ini.Aku buka jendela memerhati suasana di luar,melihat catatan hidup aku pada hari ini.Masih teringat suatu ketika melalui satu kawasan pantai yang menjadi agenda kami sekeluarga,aku melaluinya bersama orang tua aku.

"Dulu waktu kamu kecil kita selalu datang sini,masa berlalu dengan cepat,tak sangka kamu semua dah besar"aku lihat dari tepi riak wajah insan bergelar bapa ini.Matanya seolah berkaca,nafasnya perlahan.Aku hanya teruskan pemanduan.Ada terselit sesuatu pada hati insan ini.Aku membalas dengan senyuman.Hatinya kental untuk menitiskan air mata.


Bila kata-kata itu bermain di fikiran,aku kembali mengimbau zaman kanak-kanak aku yang pernah aku lalui.Aku disuapkan dengan keriangan bagai aku tak tahu untuk memahami apa itu erti kehidupan.Kartun itulah hiburan aku,keropok itulah makanan aku,berlarian itulah aktiviti aku.Bebas mengejar dunia keseronokan sebagai kanak-kanak.Bagaikan aku akan sentiasa berada di dunia ini selamanya.Tidak gusar untuk menjadi dewasa.

Semakin lama layaran kehidupan ini semakin berbeza,aku yang berdiri di sini bukan seperti aku yang berdiri 15 tahun dulu.Bebanan masalah kerja sekolah berbeza jauh dari bebanan masalah di rumah.Sedetik aku teringat,kalau dahulu daun pintu bilik aku akan diintai kedua orang tua aku untuk memastikan anak lelaki mereka ini nyenyak tidur,tidak digigit nyamuk atau tidak kesejukkan.Tiba saat aku yang melakukan sedemikian,aku tersentuh,aku tak mampu lakukan sebagai mana mereka,aku hanya memerhati.Perbezaan yang ketara berlaku,bertitik tolak akan perasaan ego seorang anak.Aku tidak pernah melakukan atau menyatakan yang aku sayangkan mereka bukan bererti aku mengabai.

"....kamu semua dh besar.."apa yang dilafazkan bermain di fikran aku,pada amnya hanya aku seorang yang kini tinggal bersama mereka,semua yang lain berada jauh dari mereka,mungkin pada dasarnya jauh pada jarak atau tempat,mungkin secara batinnya jauh,jauh dari sudut hati anak-anaknya.

Suasana berbeza makin menghimpit perasaan aku.Penilaian yang diberikan bertunjangkan kesan-kesan sejarah hitam.Apa yang berlaku tidak menjamin perasaan yang mengujakan.Seorang yang typical hanya berbutirkan kata-kata simbolik pada diri mereka.Beradalah dalam situasi aku untuk menterjemaahkan naluri sebenar apa yang aku rasa.Jika aku ada pilihan.........

....apa yang kita nak tak selalu kita dapat....

-penakarat-

3 comments:

John Hafiz said...

Ya, I rimas. Biar mereka tahu sendirilah kan. Thanks.

Anonymous said...

sedey sungguh..menghayat hati si kambing yg sedang meragut rumput di padang umah sitong.amat memilukn.sebaldi pun x ckup lg utk menahan airmate.huh..halus dlm ulu hempeduku.

Amir S. said...

kesiannye fahmi.
(aku pun tatau napa tibe2 aku kesiankan ko lahanat.hahaha)