Friday, June 26, 2015

Ramadhan Ini-Eksperimentasi Manifestasi Dunia Yang Belum Kiamat

...kalam jangan dibiar tenggelam, angan jangan diratap pendam, hati jangan diratah setan....


Jika ada anak kecil dilahirkan ketika tulisan terakhir aku ditulis pasti mereka kini sudah segak berjalan dengan merdu membasahkan bibir memanggil ibu pada kalian. Tiga tahun dahulu, kekunci ini terkunci dalam mencerminkan perasaan yang menjerut dan mematahkan bait-bait perihal yang dibangkang sekeliling.Terdetik aku untuk menulis pada hari ini dalam rahmat ramadhan yang dipertemukan sekali lagi. Pujian dan syukur kepada Tuhan, keizinan dan kudratNya mengizinkan seberapa barisan untuk dimadahkan. Walaupun surga itu masih jauh, rataplah supaya Tuhan menjadikan kita penghuninya.

Ampunkan dosa hambaMu tiada sempurna tetap mencalit dosa. Dosa pada manusia, dosa padaMu Yang Maha Pencipta. Terlalu banyak untuk dikarangkan perihal pengalaman tiga tahun kebelakang. Ada manis ada ruang pahit yang tidak pasti telah ditelan mahupun masih berlegar di barisan hadapan lidah yang mengidamkan kemanisan. Syukur itu tinggi darjatnya dari sabar.

Ramadhan ini ditemukan dengan suasana yang begitu redup. Redup dalam perihal yang tidak tahu bernoktah. Selepas noktah adalah barisan bait permulaan yang baharu. Noktah belum tentu berhenti. Noktah boleh jadi permulaan yang baharu dan mengagumkan. Lihat kepada kejadian, kita punyai dunia idaman, dunia yang terasing dari manusia-manusia kejam. Manusia yang meratah hati bagaikan setan. Bagai malaikat hadir yang menjadi pelindung dan mententeramkan hati. Dunia itu dicipta dengan perincian yang begitu indah, lebih indah dari dunia yang dipijak. Hakikatnya tatkala suatu detik, dunia itu bagaikan kiamat dengan tiupan bayangan kebenaran.

Bayangan hancurnya dunia itu tiada tahu akan pedihnya, penghujungnya bukanlah padang yang luas menunggu perhitungan. Penghujungnya adalah lukisan-lukisan yang pernah dilukiskan. Ragam dan gerakan. Kata dan seloka. Masa yang direncam bersama. Kudus menadah tangan mohon perlindungan buat nyawa yang ada, buat nyawa yang akan ada, buat nyawa yang sudah tiada. Semoga Tuhan memberi perlindungan abadi.

Jelas eksperimentasi manifestasi dunia yang belum kiamat bukan dicanang untuk sentiasa berasa selamat, dirakam buat beringat. Ada rasa yang tidak terhakis. Langkah ini pasti berat. Penuh hati terisi oleh ruang yang pertama kali tidak pernah dijentik sebegini selama Tuhan mengisikan nafas.

......jika noktah itu adalah pengakhiran, sudah pasti ayat pascanya tidak membawa erti lagi.......








3 comments:

JaWaHiR_18 said...

perghh perghh perghhhh !

Mohd Fahmi Ibrahim said...
This comment has been removed by the author.
Mohd Fahmi Ibrahim said...

Woooo apa pergh2...