Meneroka minda, mengadaptasi kehidupan pada sudut berbeza, penjelajah, penentang pada kelaziman, luahan pada penindasan, penakarat bisa berdakwat....
Tuesday, November 25, 2008
Manifestasi Bayangan Sang Puteri
Ada jawapan yang aku nantikan,wahai puteri jelmakan diri agar aku kembali berpaksi pada putaran dunia ini.Aku asing dalam keadaan riuh yang memecah sunyi diselitkan persoalan rumit yang diberi.Jika aku lupa dan bermimpi kejutkan aku untuk aku sedar kembali.Tuhan,aku pohon asingkan kelemahan untuk lekas aku bangun mengejar kekuatan.Aku capik dalam melangkah,aku sakit dalam bermadah,aku bisu dalam berhujah,aku pekak dalam berusrah.
Wahai hati-hati yang binggung,perjuangkan kemahuanmu,wahai puteri-puteri yang bersenandung,kacipkan bibirmu hulurkan hatimu.Masa akan berlalu,usia bakal berutus lalu.Angin jua takan seperti dulu.Cukuplah wahai puteri,aku menanti tonjolkanlah diri.
-penakarat-
Kedah
2008
Sunday, November 23, 2008
Sistem Oh Sistem
"Encik ada bawa polisi lama?Kalau tak ada kami boleh buat tapi kadar premium berubah encik kena bayar mahal".
Ah,bermula sudah satu halangan,telefon bimbit dicapai,aku menelefon Remy bukan nama sebenar,ahli perniagaan kecil-kecilan bermula dengan agensi insurans kini masih belum menjadi apa-apa,tapi aku yakin kesungguhan sahabat aku yang separa handsome ini.Soal insurans selesai,Remy memudahkan segalanya.
Sekembalinya aku kesokkan harinya,aku perlu tangkas,jumaat sudah mulai cuti aku berada di Kedah yang cutinya pada jumaat dan sabtu manakala permulaan minggunya pada hari ahad,Kedah tidak seperti negeri yang lain bukan atas dasar kerajaan baru yang diterajui tetapi sememangnya negeri-negeri tidak bersekutu di dalam Malaysia mempunyai sistem sebegitu.Adakalanya aku tertanya-tanya kenapa tidak diseragamkan untuk memudahkan urusan?Ini pernah berlaku dahulu di zaman Tun Mahathir,beliau menyeragamkan waktu standard seluruh Malaysia bagi memudahkan urusan Sabah dan Sarawak dengan semenanjung.Ada yang patut usulkan perkara ini bukan isu sampah yang patut di ketengahkan di dewan rakyat.
"Encik tak boleh la encik,kena rujuk JPJ."
Batu penghalang menjadi-jadi,aku mula mengeluh ada yang tidak kena pada urusan aku ini.Aku meneruskan perjalanan seharian itu,singgah di JPJ,aku serahkan geran dan atas rasa begitu yakin aku tersenyum seperti tiada apa-apa dan semuanya bakal berakhir.
"Encik,blacklist tak boleh renew."
Aduh,episod hitam,aku belum selesaikan saman had laju yang setahun usianya.Aku pulang bersahaja,ekspresi selamba dan tidak gentar pada orang tua aku.Aku faham telinga ini akan dibanjiri kuliah-kuliah yang padat.
Hari ini segalanya selesai,urusan bayaran saman dan urusan roadtax langsai dan gembira beraja di hati. Kini aku mahu tuntut rebat tunai yang dijanjikan, walaupun tak seberapa nilainya ada perjanjian yang perlukan aku tunaikan menggunakan wang itu.Tempat dituju pejabat pos,ya kali ini berbeza.Nombor giliran agak panjang.Aku keluar mencari udara Pall Mall Menthol,oh sahabatku yang jahanam.Bila sekembalinya aku,tinggal lima pelanggan lagi,sabar aku masih menebal.Tiba gilirannya aku mara kedepan menyerahkan borang tuntutan.
"Bila encik renew roadtax"
"Baru tadi"
"Tunggu tiga hari,nanti datang balik"
"Holy Shit"
Dari satu ke satu urusan perlu diselesaikan,aku hairan kenapa sistem yang diamalkan memakan masa untuk menembusi jaringan antara satu sama lain agensi-agensi yang terlibat.Aku makin tertanya-tanya ini mungkin perkara yang agak kecil aku hadapi,bagaimana pula jika urusan yang begitu serius pasti memakan lebih masa.Adakah aku yang bersalah sambil lewa atas segala ini atau memang warnanya sebegini.Negara yang bakal maju yang penuh dengan karenah birokrasi dan rendah intergriti aku tak tahu siapa yang perlu ditunding jari.Semakin lama meniti segalanya ada yang perlu disi dengan kekuatan.Kita bukan ke belakang malah mahu kedepan,nilaikanlah.....
"Bersama memantapkan kualiti penyampaian awam"
Slogan..........
Saturday, November 22, 2008
Aku Yang Berselimutkan Sejarah
Waktu berputar mengisi kemahuan hidup,bertiraikan pengalaman aku melangkah melihat sisi dunia untuk melahirkan rasa dihati,bila di satu sudut ketika imbauan mengusik hilai tawa menyerikan pipi dengan lenangan air jernih.Di kamar ini aku memandang jendela menyaksi kehidupan insan lain,meniti perjalanan hidup,ada cerita pada wajah mereka.Yang tersembunyi tiada siapa bakal mengerti, orientasi berbeza menentu hala dan pandangan yang berlainan.Akur untuk memandang sejarah, dilemma anak muda seperti aku tiada perumpamaan lain untuk disinonimkan selain memberontak.